Komen Datuk Yusof Haslam, doakan yang terbaik buat Syamsul dan Puteri Sarah

16,848 views

Ramai yang tersentak dan bagai tak percaya tentang cerita rumahtangga antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang didakwa sedang dilanda badai, semua bermula apabila ada terperasan Puteri Sarah dah tak ikuti Syamsul Yusof kat media sosial.

Antara yang jadi tumpuan ialah keluarga mertua Puteri Sarah, apatah lagi Datin Fatimah Ismail, isteri Datuk Yusof Haslam juga dikatakan hadir ke pejabat agama.

Sehingga kini, tidak diketahui apa sebenarnya yang terjadi. Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof kedua-duanya tak mahu membuka cerita.

Dek kerana itu, ada pihak media yang bertanya kepada Datuk Yusof Haslam sendiri sekiranya dia tahu apa-apa tentang isu melibatkan anaknya itu.

Akan tetapi, Datuk Yusof turut sama mengambil pendekatan tak nak campuri urusan peribadi Syamsul.

Saya tak tahu kalau ada apa berlaku tentang perkahwinan mereka berdua tu. Biarlah Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah Liyana sendiri uruskan dan kalau boleh nanti mereka yang akan komen. Memang saya tak ada apa nak komen tentang hal ini“.

Bagi saya, hal ini amatlah peribadi memandangkan ianya melibatkan hal dalaman rumah tangga mereka berdua. Apatah lagi, sebenarnya mereka berdua tidak lagi tinggal bersama dengan saya. Mereka dah pindah sejak dua tahun lepas kerana dah beli rumah mereka sendiri“.

Sebagai seorang ayah, dah tentulah saya akan sentiasa doa agar segalanya baik-baik sahaja buat mereka. Jika ada kemelut yang terjadi, saya dan isteri doakan supaya Syamsul dan Puteri Sarah dapat selesai secara aman“.

Itulah komen sebagai seorang bapa dari Datuk Yusof Haslam. Ialah bapa mana nak tengok anaknya dilanda badai. Mari sama-sama kita doakan agar semuanya baik seperti yang dipinta Datuk Yusof.

Dah enam tahun berkahwin, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah mempunyai dua permata hati, seorang lelaki dan seorang perempuan.