Jadual penerbangan tak aktif, kena cari alternatif lain untuk pendapatan

11,690 views

Musim virus COVID-19 ini telah beri kesan kepada ramai orang kat luar sana. Kalau dinilai, antara bidang yang teruk kena biasan dari kejadian ini ialah pelancongan.

Kalau dah tak ada yang nak melancong dan tak kemudian tak dapat pula nak ke negara lain yang belum dibuka pintu border, sudah tentu bidang penerbangan turut terjejas.

Mengharungi rintangan ini, syarikat penerbangan terpaksa merombak semula segala operasi dan jadual penerbangan kini telah kurang dan tak lagi aktif seperti sebelum ini.

Bila hal ini terjadi, antara yang terjejas adalah staf seperti pilot dan pramugari serta pramugara.

Dapat dilihat ada mereka yang dalam bidang penerbangan ini terpaksa buat kerja lain untuk menjana pendapatan mereka yang mula tergendala.

Diketahui bahawa banyak selebriti tanah air yang mempunyai suami bekerja sebagai pilot antaranya seperti Farah Nabilah dan Fiza Elite.

Menerusi satu laporan portal BH, kita dengar komen dari kedua artis ini tentang pekerjaan suami mereka sejak adanya Covid ini.

Pelakon dan penyanyi dari kumpulan Elita iaitu Fiza Halim berkahwin dengan Aizat Al Jefri seorang pilot yang mempunyai pengalaman 10 tahun. Kini Fiza memberitahu suaminya kini telah berniaga jual sambal sebagai pendapatan sampingan.

Suami saya masih bertugas sebagai pilot, namun begitu dia ambil inisiatif untuk business. Lagi pula sekarang ni jadual penerbangan tak kerap macam dulu. Sekirang ada panggilan tugas, barulah suami saya akan pergi bekerja“.

Sementara itu pelakon Farah Nabila bercerita bahawa suaminya, Amirul Yunus masih lagi bekerja malah ada jadual penerbangan di dalam dan luar negara. Namun kini jadual tidak padat dan sebanyak dulu.

Ketika adanya isuvirus ini tugasan suami sebagai pilot dilihat ada berkurangan. Oleh itu, mengambil kesempatan jadual penerbangan yang kurang padat, banyak masa dihabiskannya untuk bersama saya memandangkan ketika ini saya mengandung lapan bulan“.

Memang saya lihat ada yang kena cari inisiatif lain untuk teruskan kehidupan. Ini merupakan antara perkara yang tak pernah kita jangka berlaku. Ianya telah ubah kehidupan semua“.