Foto: Isteri dedah Shah Iskandar mengalir air mata ketika azankan baby

2,931 views

Pelakon drama Ryan Aralyn iaitu Shah Iskandar kini menerima khabar gembira setelah isteri tercinta, Siti Sarah Mohd Noor selamat melahirkan anak pertama mereka.

Siti Sarah melahirkan baby boy pada jam 2 petang bertarikh 10 Oktober lalu di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor.

Baby boy ini dilahirkan dengan berat 3.66kg dan semuanya selamat, normal serta dalam keadaan baik.

Setelah tujuh hari umur baby itu, akhrnya pasangan ini mendedahkan wajah serta nama yang dipilih. Nama diberi ialah Yusuf Zulkarnaen Bin Shah Iskandar.

Ini komen Shah Iskandar: “Salam buat semua, pada tarikh 10 Oktober 2020, isteri saya selamat bersalin anak pertama kami di Umra Hospital. Ianya berjalan dengan amat baik dan begitu lancer sekali. Tujuh hari kemudian, saya berikan segala perhatian untuk isteri dan juga anak kami”.

Shah Iskandar telah memberi ucapan khas buat semua yang terlibat mempermudahkan urusan dari mengandung sehinggalah anak pertamanya itu selamat lahir ke dunia ini.

Untuk isteri, Sarah, dengan ucapan terima kasih, ianya belum cukup untuk segaal pengorbanan yang awak telah berikan termasuklah melahirkan zuriat yang cantik ini. Saya sayang awak. Kepada keluarga mertua, kami amat hargai di atas segala support kalian”.

Kepada keluarga saya di Singapura, terima kasih di atas segala hadiah baby, saya janji akan bawa baby dan isteri saya setelah border beri kebenaran untuk melawat“.

Last sekali adalah ucapan kepada anak barunya itu, ini ucapannya: “Akhir sekali, thank you Yusuf Zulkarnaen bin Shah Iskandar sebab buat hidup saya dan isteri kini dah lengkap. Awak amatlah bermakna buat kami dan akan disayangi semua orang”.

Sementara itu, dilihat di laman IG milik isteri Shah Iskandar, Siti Sarah mendedahkan suaminya itu ada mengalirkan air mata setelah selesai azan baby. Ini tulis Siti Sarah.

Assalamualaikum kepada semua. Nama saya ialah Yusuf Zulkarnaen. Pada hari ini umur saya dah pun genap satu minggu atau tujuh hari. Ketika saya baru dua jam keluar dari perut mummy, mata pejam celik sahaja. Papi saya azan pada saya dan dia menangis. So sweet. Doakan saya jadi anak yang baik dan soleh”.

Tahniah diucapkan buat Shah Iskandar dan Siti Sarah di atas kurniaan permata hati ini. Semoga berbahagia selalu.