Hati2 guys, bertudung, muka alim, kesian ni bahaya, kerana duit tamak, luah Ali Puteh

4,581 views

Kisah tentang Siti Nur Surya turut menerima perhatian ramai, bukan sahaja masyarakat malahan selebriti dan pendakwah.

Sebelum ini, Ebit Lew terus hadir ke rumah family Surya dan melawat keluarga arwah. Natuan turut dihulurkan.

Kemudian, Anzalna juga ada membuat kenyataan nak membantu keluarga Siti Nur Surya setelah terkesan dengan kes berkenaan.

Kali ini, pelawak dan pelakon terkenal Ali Puteh turut meluahkan rasa hatinya. Ali yang meruapakn adik kepada arwah Abam, telah muatnaik gambar suspek yang juga kawan kepada Surya.

Gambar berkenaan adalah momen di mana suspek yang memakai baju ungu, ditahan dan sedang digari pihak polis.

Kata Ali Puteh dia amat sedih dan kecewa melihat suspek yang bertudung tetapi sebenarnya sanggup melakukan perbuatan itu hanya kerana tamak wang. Ini tuls Ali Puteh.

“Bertudung itu memang dah betul dah, namun hanya sebab tamakkan duit, sanggup sampai ambil nyawa kawan baik sendiri sebab duit. Ya tuhanku, kasihan tengok mak dia sedang sakit terlantar di rumah. Kasihan kat ayah dia dan juga family dia.

“Apa pengajaran adalah, seseorang bertudung muka alim-alim nampak macam daif ini memang bahaya. Kerana mereka tak tunjuk depan-depan. Mereka buat perkara tak berapa nak elok dalam diam-diam. BMemang merbahaya betul kalau buat muka kesian konon-konon baik macam gini. Semoga akan ke muka pengadilan. Hati-hati semua, bising tu tak semestinya jhat manakala diam tu tak semestinya dia seorang yang baik, ish bahaya.”

Itulah yang dikomen oleh Ali Puteh tentang kejadian yang berlaku di Terengganu ini. Ya semua dah tahu bahawa suspek merupakan rakan Siti Nur Surya sendiri dan orang yang tak disangka-sangka.

Ali Puteh dilihat telahpun delete gambar dan caption berkenaan setelah beberapa jam memuatnaiknya di laman instagram miliknya.