Netizen kata Nuha dirasuk ketika nyanyi, ini komen ayah Nuha

5,195 views

Nama Nuha Bahrin jadi trending setelah tampil menerusi satu rancangan televisyen nyanyian. Nuha jadi viral kerana nyanyiannya membawa lagu kekasih awal dan akhir dipersoal ramai pihak.

Netizen memberi respon bahawa vokal Nuha pada malam itu agak teruk umpana sedang menjerit malah ada yang sampai komen mengatakan Nuha bagai kena rasuk di atas pentas.

Nuha ada menjawab kembali dan mengakui dia amat nervous pada malam itu, sampaikan dia menyanyi seperti itu.

Kali ini bapa kepada Nuha iaiu encik Saiful Bahrin, 42 tahun tampil memebri maklum balas tentang kejadian yang sedang menimpa anaknya itu.

Bagi ayah Nuha, kesilapan nyanyian yang dilakukan oleh anaknya itu adalah hal biasa. Jom baca komen ayah kepada Nuha.

“Silap nyanyi macam tu memang sebahagian pengalaman yang kena dia tempuhi. Apa yang saya nampak, dia dah sedia, apatah lagi ini merupakan program realiti, dia memang kena ada mental yang kuat nak berdepan dengan komen-komen. Anak saya kuat dan tak akan patah semangat kerana menanyi ini adalah minat dia”.

“Saya ada baca macam-macam komen yang saya perasan ramai ja support dia, kalau tengok, mereka yang like lagi banyak dari dislike. Yang komen kurang baik tu sikit saja, berapa peratus”.

“Apa pun kesilapan ini adalah waktu yang baik agar dia dapat belajar dan baiki lagi. Harapnya netizen maafkanlah dia kerana semua orang tidak boleh lari daripada kesilapan”.

Bercerita malam ketika siaran berlangsung, mereka sekeluarga menontonnya di rumah dan terus membaca komen serta respon dari orang ramai.

Ada juga komen dari netizen yang agak kasar juga seperti melabel nyanyiannya seakan kena rasuk di atas stage.

“Ketika malam berkenaan, kami satu family tengok di televisyen dan saya terus baca komen netizen ketika persembahan, saya akui ada nampak kesilapan yang Nuha buat namun saya rasa tak adalah teruk sangat, malah netizen yang komen tu pun bukannya tahu tentang muzik.

“Salah nyanyi tu perkara normal, dan netizen pula memang jenis suka komen macam-macam, paling penting kita ambil positif sahaja, serta do not give up”.

Selain lagu kekasih awal dan akhir, Nuha turut nyanyikan lagu Di Matamu berduet dengan Tomok. Nuha kemudian berjaya dapat vote paling tinggi dan memang Rookie Star Award.