Mangsa terlalu takut buat report polis, ibu bapa juga tak benarkan

2,245 views

Kisah ini bermula apabila ada satu pendedahan dibuat oleh seorang netizen yang mengatakan bahawa kawan baiknya telah jadi mangsa kepada seorang pendakwah selebriti.

Pendedahan berkenaan terus jadi topic utama sepanjang minggu ini, dan pendakwah selebriti tersebut juga ada buat kenyataan menyatakan ini satu perkara yang tak betul tentang dirinya.

Namun semalam, pendakwah berumur 25 tahun telah ditahan reman oleh pihak polis setelah mangsa tersebut membuat report polis.

Kerana terlalu trauma sehinggakan masuk wad psikiatri, mangsa itu tidak berani buka mulut.

Dari laporan Harian Metro, mangsa merupakan wanita berusia 23 tahun akui dia meamng takut nak buat report polis sebab telah diberi warning oleh pendakwah berkenaan.

Malahan ibu bapa kepada mangsa juga pada mulanya tak beri kebenaran untuk buat report polis kerana factor malu.

 “Pendakwah berkenaan pernah warning dan mahu saman kalau saya buka mulut atau buat report polis. Ibu bapa juga tak benarkan saya untuk buat report polis sebab malu kalau hal ini jadi kecoh dan diketahui orang ramai”.

“Akan tetapi, lepas terima support dan pertolongan daripada beberapa pihak, saya akhirnya beranikan diri untuk buat report polis semalam”.

Melalu banyak detik hitam dalam setahun ini, derita yang ditanggung tak dapat ditahan lagi, dan mangsa kini mahu keadilan untuk dirinya.

“Saya harap lepas ini keadilan dapat ditegakkan dan menampung semua derita yang saya lalui sebelum ini. Sedikit sebanyak dapatlah juga saya legakan hati ni selepas pendam terlalu lama”.

Suspek yang merupakan pendakwah yang juga bekas program satu rancangan reality televisyen, ditahan pihak berkuasa pada jam 11 malam semalam dan kini telah ditahan reman selama 5 hari.

Gambar pendakwah berkenaan telah tersebar pada hari ini yang menunjukkan tangannya digari ketika dibawa ke mahkamah.