Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya mengakhiri teka taki tentang kehamilannya apabila kini mengesahkan bahawa dirinya sedang mengandung empat bulan.
Berita gembira ini dibuat secara live sebentar tadi di satu siding media TwoGether Launching Live Streaming.
Ketika di sidang media yang istimewa itu, Siti Nurhaliza tampil bersama suaminya Dato Seri Khalid Mohd Jiwa di depan kamera.
Bagi mereka, hari ini merupakan hari yang istimewa kerana akhirnya Siti dan suami mengumumkan berita bahawa Siti kini sudah berbadan dua.
“Ada satu pengumuman yang sangat-sangat penting dan istimewa dan jadi teka teki dah lama dah. Ramai yang buat andaian. Hari ini cukup sesuai, yang mana saya nak kongsikan pada semua bahawa saya syukur alhamdulillah sedang melalui proses kehamilan anak kedua”.
“Saya tahu ada sebenarnya yang dah boleh dapat agak hal ini walaupun saya berdia diri. Terima kasih sebab sentiasa mendoakan”.
“Dengan keadaan sekarang ni, saya memang lebih selesa berada di ruma. Doakan agar saya diberi kesihatan, kekuatan dan akhirnya dapat melahirkan seorang zuriat yang sihat dan juga sempurna”.
“Lelaki atau perempuan, saya sebenary tidak kisah. Tetapi kalau seronoknya jika dapat sepasang (seorang lealki seorang perempuan)”.
Dalam pada itu, suami kepada Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa meluahkan rasa syukur setelah bakal menerima anak kedua bersama Siti pada tahun depan.
“Pertama kali tentunya saya amat bersyukur kepada Allah dan amat gembira kerana dikurniakan seorang lagi cahaya mata. Kandungan Siti Nurhaliza kini lebih kurnag empat bulan”
Di laman media sosial, memang ramai yang memberi ucapan tahniah kepada Siti Nurhaliza sempena kehamilannya yang kedua ini. Ramai yang tak sabar nak tengok Siti Aafiyah untuk dapat adik tak lama lagi.
Semoga semua urusan Datuk Seri Siti Nurhaliza dipermudahkan, tahnia diucapkan.