Semalam diumumkan penyanyi tersohor iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza disahkan sedang mengandung anak kedua dan usia kandungannya kini sudah masuk empat bulan.
Apabila ditanya tentang perbezaan kehamilan pertama dan kedua ini, Siti Nurhaliza memberitahu, untuk kehamilan yang kedua ini, emosinya lebih mudah jadi tersentuh. Selain itu Siti juga cepat jadi letih dan lesu badan.
Namun Siti Nurhaliza mengatakan dia tak ada alami sebarang gejala alahan yang teruk sepanjang di awal kehamilannya pada kali ini.
“Sepanjang hamil anak kedua ini, saya rasa cepat jadi penat. Ini mungkin sebab faktor umur saya juga. Selain itu saya lebih mudah beremosi, contohnya kalau tonton cerita di televisyen, sedih sikit pun saya boleh menangis, malahan kalau baca apa-apa kisah di laman media Instagram pun saya akan menangis”.
“Setiap kehamilan anak sudah pasti akan berbeza. Syukur alhamdulillah kandungan kali ini tiada masalah, berbanding ketika mengandungkan Siti Aafiyah dulu, ada berlaku pendarahan dan sebagainya tetapi untuk kali ini semuanya lebih dipermudahkan”.
“Diharapkan semua dapat doa agar saya diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik. Saya dijangka bersalin pada bulan April tahun 2021”.
Semalam, Siti Nurhaliza ditemani oleh Datuk Khalid menerusi satu platform streaming, buat pengumuman kehamilan keduanya secara langsung.
Kedua mereka bersyukur dengan kurniaan ini dan berharap orang ramai dapat doakan agar semua urusannya ketika sepanjang kehamilan pada kali ini akan dipermudahkan.
Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa pernah membuat kejutan pada tahun 2017 apabila mengumumkan berita kehamilan pertama Siti Nurhaliza setelah 11 tahun mendirikan rumah tangga.
Anak sulung yang dilahirkan itu telah diberi nama Siti Aafiyah yang kini sudah pun masuk usia dua tahun. Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga suami.