Kena perli badan debab, macam makcik-makcik, punca Rosma kini kurus

2,359 views

Pasangan penyanyi suami isteri Khai dan Rosma kini sudah 12 tahun berumah tangga. Sejak bertemu di rancangan Akademi Fantasia musim pertama, mereka berdua akhirnya bertemu jodoh.

Dalam perkembangan terkini, kedua pasangan suami isteri ini dilihat lebih focus ke arah perniagaan yang diusahakan bersama. Khai dan Rosma kini terlibat dalam business kecantikkan dan kesihatan.

Bercerita tentang kisah di awal penglibatan mereka dalam bidang seni, Khai ada mengatakan kedua mereka ingin berubah kerana sering menjadi bahan perli orang lain.

Isterinya pernah menjadi bahan dari netizen, yang memperlekeh bentuk badannya, sedikit berisi, manakala Khai pula pernah kena label artis yang tak berduit.

Dek kerana itu, kedua pasangan suami isteri ini kuatkan diri untuk berubah dan kini semua telah terhasil. Rosma dilihat semakin cantik dan memiliki berat badan yang unggul. Khai pula telah maju dalam perniagaannya.

Dulu wife saya kena perli sampai tak dapat sponsor masa keluar Akademi Fantasia. Sebab itulah dia kemudian nekad untuk kurus.”

Saya pula dulu kena perli sebagai artis yang miskin sebab itulah saya nak berjaya dan jadi kaya. Jadi perli itulah yang menjadi punca kami nak berubah. Lepas ini janganlah marah kalau ada orang nak perli-perli.”

Ini pula caption dari Khai tentang diorongan dari kata-kata sindiran yang diterima, menjadi motivasi buatnya.

Manusia kena ada dorongan untuk ubah diri, kadangkala dorongan yang positif itu tidak beri kesan kerana seseorang itu masih lagi dalam zon selesa. Bila ada dorongan yang negatif, secara tiba-tiba kita akan terkeluar dalam zon selesa. Ini kerana kita berada dalam kemarahan. Ketika itu kita terus tekad untuk berubah ke arah yang lebih baik, kita boleh berjaya.”

Pernah menjadi buah mulut netizen ketika habis Akademi Fantasia, yang mana Rosma tidak disenagi orang, hanya kerana memiliki badan yang gempal. Ini komen Rosma.

Saya pernah kena komen tak baik sebab badan berisi. Ada satu kejadian semasa sesi promotion, saya ada terima komen pedas membabitkan fizikal diri, individu berkenaan menulis bahawa sudahlah gemok, ada hati nak bercinta dengan Khai.”

Ada orang di luar sana yang mengatakan usia saya muda tapi saiz badan macam makcik-makcik yang ada anak ramai. Ramai secara terang cakap saya tak cantik, dan debab.”

Kini walau usia dah masuk 30an, Rosma kelihatan cantik selalu, secocok disamping suaminya, Khai dan juga tiga permata hati, anak-anak tersayang. Semoga sentiasa bahagia dan berjaya buat pasangan ini.