Kamal Adli lamar Uqasha secara live, ini respon family Uqasha Senrose

4,548 views

Kamal Adli telah buat satu kejutan yang mana dia telah melamar kekasih hati iaitu Uqasha Senrose secara langsung di Anugerah MeleTop Era malam tadi.

Nampaknya memang benarlah, spekulasi orang ramai tentang hubungan mereka, termasuklah komen dari Michael Ang ini yang dapat rasa mereka berdua memang benar dah jatuh cinta antara satu sama lain.

Imbas kembali semalam, Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah hair untuk mengumumkan anugerah ketika di AME2020.

Sebaik sahaja selesai dengan tugasan mereka itu, Kamal telah bercerita tentang kisahnya dengan Uqasha dan memberitahu dia ada sesuatu nak umumkan.

Kamal Adli secara mengejut terus melutut dan melamar Uqasha Senrose. Pelakon ini lantas bertanya kepada Uqasha, sudikah dia untuk menjadi isterinya.

Uqasha Senrose dilihat terpaku, dan tertanya-tanya adakah ini satu promosi. Namun Kamal Adli menegaskan pertanyaan itu semula dan setelah menunggu, akhirnya Uqasha memberi jawapan yes, dia menerima lamaran Kamal Adli itu.

Kemudian, memang bersoraklah satu dewan yang melihat adegan romantic berkenaan.

Ahli keluarga Uqasha Senrose telah memberi respon tentang lamaran dari Kamal Adli kepada Uqasha secara live itu.

Ini reaksi dari adiknya Raysha Rizrose. “Saya tak menangis, saya tak, tahniah kakakku telah dilamar”.

Berbanding dengan Raysha, Kemudian seorang lagi adik Uqasha iaitu Nelydia telah menangis melihat adegan lamaran berkenaan. Ini komen Nelydia. “Ya tuhanku, saya menangis. Amat gembira dengan berita ini Uqasha. Love you guys. Tahniah diucapkan Kamal dan Sha. Kakakku dilamar, our favorite dah nak kahwin”.

Ini pula komen dari Aprena Manrose, iaitu sepupu rapat kepada Uqasha Senrose. “Oh my god, I am crying. Satu Malaysia tengok carfa dia propose, so sweet. So happy for both of you”.

Seorang lagi sepupu iaitu Oktovia Manrose turut memberi responnya. “Saya baru tengok, ya Allah sweetnya. Tahniah Uqasha dan Kamal Adli”.

Tahniah diucapkan kepada Uqasha Senrose dan juga Kamal Adli. Kita tunggu pengumuman tarikh pernikahan mereka nanti.