Setelah pendedahan dari Sarah Yasmine berkenaan mesej di antara Aliff Aziz dan juga Ruhainies, akhirnya pelakon wanita berkenaan tampil memberi kenyataan.
Ruhainies membuat kenyataannya melalui dua hantaran di Instagram Story miliknya pagi tadi.
Pelakon berumur 31 tahun itu, secara terbuka, telah memohon maaf kepada Bella Astillah di atas segala perbuatannya.
Selain itu, adik kepada Risteena ini juga mahu bertemu dengan Bella untuk menyelesaikan segala isu yang timbul.
Dalam pada itu, Ruhainies juga mengajak Sarah Yasmine untuk bertemu bersama Bella dan sama-sama menyelesaikan masalah serta mahu berdamai.
“Saya mahu memberi sedikit kenyataan di atas segala isu yang timbul ketika ini.”
“Saya berdiam diri bukannya kerana nak mengiya atau menidakkan, tetapi saya tak mahu bertelagah di laman media sosial.”
“Dengan rendah diri, saya meminta maaf kepada Bella Astillah di atas segala yang terjadi.”
“Saya mahu menjernihkan suasana, dan mahu menutup buku, maju ke depan, dan kembali gembira semula.”
“Saya juga menjemput Sarah Yasmine untuk selesaikan segala isu.”
“Harapnya dapatlah bertemu dan berjumpa dengan Bella dan Sarah.”
“Sekali lagi dengan rendah diri, saya minta maaf di atas semua yang berlaku.”
Ini paparan kenyataan dari Ruhainies.
Sehingga kini belum lagi ada jawapan dari pihak Bella Astillah dan juga Sarah Yasmine sama ada mahu berjumpa dengan Ruhainies.
Sarah Yasmine sebelum ini mengaku bahawa dirinya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz bermula bulan January 2024 sebelum pelakon berkenaan rapat dengan Ruhainies.
Beberapa hari yang lalu, Sarah Yasmine akhirnya mendedahkan mesej Whatsapp di antara Aliff Aziz dan juga Ruhainies yang telah menimbulkan kekecohan di negara ini.
Semua mesej Whatsapp berkenaan boleh baca DI SINI.
Dari pendedahan Sarah Yasmine itu, ramai nama artis lain yang turut terpalit seperti Emma, Chacha maembong dan juga Caprice.