Emma Maembong menangis anak buat swab test, siapa jaga baby Shariq

5,250 views

Pelakon terkenal Emma Maembong dan suaminya iaitu Muhammad Shazli Azhar menerima satu berita yang agak ditakuti ramai. Mereka berdua kini telah disahkan positif covid19.

Emma Maembong mengesahkan hal ini menerusi satu post di laman Ig miliknya malam tadi.

Suaminya turut memuatnaik video menunjukkan dirinya sedang menjalani ujian saringan covid19 di rumah.

Ini caption yang ditulis oleh Emma: “I did my swab test for covid19 at home with Kumpulan Megaklinik_Zahran, thanks for coming and thank you Kai Armd dan Nafidzrazak for giving us the info we needed. Memang amat bagus dan begitu professional sekali. Mereka boleh datang ke rumah dan buat test.”

“I had no symptoms at all but my results came out positive for covid19. Jadi kalau sihat better buat saja test sebab kita tak tahu. Happy quarantine to me.”

Suaminya Shazli turut memberitahu bahawa dia kini dalam keadaan yang baik saja.

“Hasil ujian swab test menunjukkan saya telah positif. Akan tetapi, syukur alhamdulillah, keadaan bertambah baik. Sila jaga keselamatan diri dan sentiasa patuhi SOP.”

Namun apa yang jadi tumpuan sekarang ialah anak mereka iaitu Shariq Gabriel yang baru berumur tiga bulan.

Shariq turut buat ujian saringan ditemani Emma Maembong. Sayu melihat babak ini kerana Emma menangis teresak melihat anaknya kena buat swab test.

Tetapi berita gembira diterima apabila Shariq disahkan negative dan tidak dijangkiti virus tersebut.

Ramai yang nak tahu, oleh kerana Emma Maembong dan suami telah jalani kuarantine, siapakah yang menjaga baby berkenaan.

Dari satu post oleh adik beradiknya, Shariq Gabriel kini dijaga oleh family. Kakak sulung iaitu Coddy Maembong telah menjaga Shariq dan baby berkenaan dalam keadaan yang amat baik sekali. Beby Maembong turut hampir setiap hari datang menjenguk Shariq dan menghantar susu.

Itulah perkembangan tentang baby Shariq, dalam jagaan yang baik dari kakak Emma Maembong. Semoga Emma Maembong dan suami kembali cepat sihat.