“Untungnya dapat mak mertua macam ni” Memang best Sheila Rusly layan Elisya Sandha

3,682 views

Umum dah tahu bahawa pelakon dan pengarah Sheila Rusly nakal menerima menantu tak lama lagi. Anak kepada Sheila Rusly bernama Uzair telah pun bertunang dengan pelakon sedang meningkat naik iaitu Elisya Sandha yang juga merupakan adik kepada pelakon hebat, Fasha Sandha.

Uzair dan Elisya telah bertunang pada tarikh 31 Januari 2021 baru-baru ini.

Apa yang menarik perhatian ialah hubungan antara Sheila Rusly dan juga Elisya Sandha yang sangat akrab.

Sebelum bertunang ni pun, Elisya seringkali datang ke rumah Sheila Rusly dan antara aktivit yang selalu dibuat ialah Elisya akan belajar masak dari bakal ibu mertuanya itu.

Memang diketahui ramai, Sheila Rusly antara selebriti yang pandai memasak dan mempunyai rancangan memasak yang popular iaitu Ketuk-ketuk Ramadhan. Oleh ituy memang wajarlah Elisya untuk belajar memasak dari Sheila Rusly.

Dan baru-baru ini, Sheila ada muatnaik satu video dia bersama Elisya Sandha sedang memasak ketam.

Hari ini sis nak masak ketam cili dan sedang menunggu bakal menantu sis, dia memang nak kelihatan cantik. Senang giler, Elisya Sandha yang tak reti buat pun dah pandai masak chili crab.”

Sempat juga Sheila Rusly bergurau dengan Elisya yang tak tahu nama juadah berkenaan. “Mana ada ketam masak cili pes, macam mana ni sebut nama lauk pun tak reti.”

Apapun, kemesraan antara Sheila dan Elisya ini membuatkan ramai netizen di luar sana yang mengatakan betapa best dan seronoknya dapat mak mertua seperti Sheila Rusly. Jom baca antara respon dari netizen.

Jika seorang isteri tu dapat mak mertua yang baik, ianya juga merupakan satu rezeki. Bukan semua orang dapat rasa macam ni.”

Ini komen seorang pengguna bernama Mizzslina: “Suka mak mertua macam ni, amat jujur nak cakap benda tak betul pun terus cakap je. Elisya is so lucky ada mak mertua macam ni.

Pengguna bernama Raybansmart pula menulis: “Mak mertua macam gini buat kami menantu tak tahu masak terus jadi sampai pandai masak.”

Ini pula komen dari follower bernama Jelita: “Bagus Elisya Sandha ni rajin nak belajar masak. Dapat mak mentua yang padai masak macam sis lagilah bertambah best.”

Betullah orang kata, jika mahu bahagia, setelah berkahwin, suami isteri turut kena berkahwin dengan family juga. Maksudnya kena berbaik dan rapat dengan family mertua. Semoga Elisya Sandha akan jadi menantu yang terbaik buat Sheila Rusly.