“Biar hilang segalanya asalkan dia kembali” – Respon isteri Shuk

1,630 views

Kerana perihal peribadi menjadi tular dan tersebar secara meluas, akhirnya Shuk Sahar menerima akibatnya. Kini Shuk bukan lagi penyampai radio untuk siaran Hot fm.

Ini setelah radio station berkenaan membuat keputusan bahawa Shuk didapati bersalah selepas satu siasatan dalaman dibuat.

Shuk didapati melanggar terma sekaligus menyebabkan kontrak sebagai penyampai radio ditamatkan bermula semalam.

Hal ini mendapat perhatian netizen yang mula menulis komen di laman Instgram milik isteri kepada Shuk Sahar iaitu Rossa Sera.

Umum dah tahu bahawa Rossa Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah kini dah berbaik dengan suaminya itu setelah dipujuk dan telah dipinang semula oleh Shuk.

Ramai netizen yang tanya apa pandangan Rossa Sera setelah suaminya kini tidak lagi bergelar sebagai penyampai radio yang mana ianya antara punca utama pendapatan Shuk.

Rossa Sera telah menjawab dan berpendapat lebih baik hilang kerjanya itu asalkan Shuk kembali ke pangkal jalan dan tak lupakan family nya.

“Biarlah kita ni hilang segalanya asalkan dia dapat kembali tempat asal. Lebih baik daripada jika ada segala-galanya namun dia lupakan saya dan juga anak-anak.”

“Tidak mengapalah, rezeki Allah itu amatlah luas, jika bermula dari bawah sekalipun tidak mengapa, asalkan ianya datang dari sumber yang halal.”

Ketika kes Shuk menjadi tular, pelawak yang bermula melalui rancnagan Raja Lawak itu telah digantung tugas buat sementara oleh pihak Hot Fm untuk siasatan dibuat.

Shuk telah bekerja di radio statio berkenaan selama lima tahun di slot waktu pagi. Sebelum ini Shuk berganding dengan Fizie dan juga Shuib.

Setelah Shuib undur diri dan kontrak Shuk ditamatkan, Hot Fm telah memilih Mark Adam sebagai pengganti.

Untuk info, Shuk dan Rossa Sera bernikah pada  tahun 2015 dan mempunyai dua orang anak.