Pelakon cantik jelita Hannah Delisha kini membuat satu posting yang amat mengejutkan ramai di laman media sosial miliknya.
Ini apabila pelakon kelahiran Singapura ini mengesahkan dia kini telah selamat bergelar seorang isteri.
Hannah Delisha telah bernikah dengan jejaka pilihan hatinya bernama Imam Shah dalam satu meajlis yang berlngsung di negara kelahirannya itu.
Pelakon yang kini sudah berumur 25 tahun ini telah muatnaik beberapa foto sekitar majlis pernikahannya dengan suaminya itu.
Pasangan ini dilihat sama cantik sama padan dengan memakai busana pengantin berwarna putih.
Menerusi penulis caption, Hannah menjelaskan sebenarnya dia dan Imam sudah berkawan dan kenali hati budi masing-masing selama lima tahun lamanya.
Ini tulis Hannah Delisha: “Akhirnya selepas lima tahun. Syukur, alhamdulillah. Saya amat cintakan awak.”
Hannah juga menulis satu hashtag untuk pernikahan berkenaan iaitu hastag imam pada Hannah.
Menjengah di laman Instagram suaminya, Imam Shah turut memuatnaik dua keping foto menunjukkan dia dalam keadaan syukur setelah selesai majlis akad nikah.
Ini tulis Imam Shah: “Akan sentiasa bersama awak. Diatas nama Yang Paling Pemurah, Paling Penyayang. Saya amat cintakan padamu, Hannah.”
Melihat ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Hannah dan suami. Rata-rata terkejut dengan berita ini namun tetap mendoakan kebahagiaan Hannah dan Imam.
Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dari pihak Hannah Delisha. Apabila menghubungi pihak pengurusan Hannah Delisha, seorang wakil bernama Dura menyatakan bahawa pelakon itu akan buat satu kenyataan rasmi tak lama lagi.
“Insya Allah, akan dibuat satu kenyataan media oleh pihak Hannah Delisha. Tuan punya badan akan keluarkan statement secepat yang mungkin tentang perkahwinan ini.”
Dari laporan mereka berdua bernikah di negara Singapura tempat kelahiran pasangan pengantin. Tahniah diucapkan.
Suami kepada Hannah Delisha iaitu Imam Shah juga merupakan seroang pelakon di negara jiran.