“Aeril terus pack barang dan keluar rumah” – Hidup Wawa Zainal gelap bila Aeril pergi

4,921 views

Pasangan suami isteri terkenal Aeril Zafrel dan Wawa Zainal diketahui amat bahagia ketika ini dan sering tayang kebahagiaan mereka di laman media sosial.

Namun sebenarnya, ketika di awal perkahwinan, pasangan ini pernah seringkali diuji dengan pelbagai ujian.

Dari satu video yang dimuatnaik oleh Prof Muhaya, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ada bercerita tentang kisah mereka ketika masih muda.

Ini komen Aeril Zafrel: “Kami kahwin pada tahun 2012, dan jika ada yang tak tahu, masa baru kahwin memang ada sedikit isu yang timbul. Kemudian kami agak down dan satu Malaysia tahu hal berkenaan. Kami cuba tak melayan. Dan ketika itu pendapatan kami agak terganggu. 5 tahun awal perkahwinan memang mencabar.”

Wawa Zainal pula membuka cerita: “Kami layan, sampai Aeril pula tak keluar rumah. Memang mencabar terutama buat Aeril. Masa tu saya masih tersangat muda. Saya belum matang, bila gaduh isu kecil jadi besar. Sikit-sikit tak fikir panjang akan cakap eh kau ceraikan aku.”

“Aeril ni penyabar, saya belajar dari Aeril. 9 tahun perkahwinan, Wawa terinspirasi dengan Aeril yang mana alam perkahwinan ni kena sentiasa bertoleransi dan tolak ansur dengan pasangan.”

Jelas Wawa lagi, dulu memang dia tak fikir perasaan Aeril sampaikan Aeril pernah keluar dari rumah.

“Dulu memang cakap lepas je tak fikir perasaan Aeril. Satu hari Wawa cakap kat dia, aku dah tak nak dengan kau. Kemudian Aeril pack barang dan keluar rumah. Bila Wawa balik, tengok dia dah tak ada, terus saya rasa gelap. Bila dia hilang dari pandangan mata, dunia Wawa gelap.”

“Lepas kejadian itu berlaku, Wawa terus berubah jadi isteri yang baik kepada Aeril. Dan kemudian kehidupan berubah dan dapat rezeki sampai sekarang ni. Kami jaga hubungan suami isteri dan hubungan dengan Allah.”

Ini video pasangan ini bercerita kisah mereka di awal perkahwinan.

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dah sembilan tahun bernikah dan mempunyai tiga ornag anak.