Kenapa saya diperlakukan begini, Sajat ada bukti punca tak hadir mahkamah

2,100 views

Nur Sajat Kamaruzaman menjadi tumpuan setelah dikenakan waran tangkap oleh pihak Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Ini gara-gara jutawan ini tidak hadirkan diri ke satu prosiding melibatkan sebutan semula kes dakwaan terhadapnya kerana berpakaian menyerupai wanita.

Dari laporan Utusan Malaysia, Nur Sajat mengatakan dia ada sebab yang kukuh kenapa dia tak dapat hadir ke mahkamah pada 23 Februari lepas.

Sebab Sajat tidak dapat datang ke mahkamah adalah kerana tidak sihat setelah dia alami bengkak akibat dari masalah allergic.

“Saya tak sihat, wajah dan badan saya naik bengkak sebab allergic makanan. Kalau tak percaya, saya ada surat medical certificate dari pihak doktor.”

“Lagipun, ketika itu ianya bukanlah hari perbicaraan namun saya diminta hadir untuk penetapan tarikh baru perbicaraan saja.”

Sajat menyatakan dia bukanlah takut sampai tak nak datang, dan jika benar dia nak lari, lebih baik di pergi luar negara.

“Kalau betul saya nak elak dan nak lari, baik saya terus pergi pindah ke luar negara. Buat apa saya nak beri kerjasama sebelum ni.”

“Terus terang saya ni tak takut, namun saya sedih dan kecil hati kenapa diperlakukan sebegini.”

Sementara itu, pihak jabatan agama kini sedang menunggu surat waran yang dikeluarkan oleh mahkamah ke atas Sajat sebelum tangkapan dibuat ke atas usahawan berkenaan.

Ini kenyataan dari Jais: “Kami jangkakan waran akan dapat hari ini dan bila terima saja kami akan usaha cari dan tangkap Sajat.”

Diimbas kembali tentang kes, Sajat tak mengaku salah atas tuduhan lelaki yang berpakaian serupai seorang wanita pada tahun 2018 ketika satu majlis agam di Shah Alam. Sajat pernah viral apabila ada video menunjukkan dirinya menangis ketika ditahan oleh pihak Jais.