Siapa yang tak kenal dengan pasangan selebriti tanah air ini iaitu Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Bukan sahaja mereka berdua ini popular, malah anak-anak juga amat terkenal dan mempunyai jutaan follower di laman media sosial.
Sejak perintah kawalan pergerakkan yang kini sudah pun membenarkan aktiviti riadah dilakukan, Hanis Zalikha sekeluarga turut pergi beriadah.
Aktiviti di luar ini memang teramat penting, terutama untuk anak-anak yang sudah terlalu lama terperap di rumah.
Oleh itu, pada hujung minggu yang lepas, Hanis Zalikah dan Hairul Azreen telah membawa anak-anak mereka bersenam di sebuah taman rekreasi.
Beriadah di taman ni dapatlah anak-anak ambil angin dan mengeluarkan peluh selain menikmati alam flora dan fauna.
Ternyata, ketika di taman, anak perempuan mereka Alisa akhirnya telah belajar sesuatu apabila terjumpa dengan seekor ayam.
Alisa dilihat teruja bertemu seekor ayam jantan dan tersenyum melihat haiwan berkenaan.
Hanis ada mengajar anaknya itu tentang haiwan berkenaan dan yang paling menjadi tumpuan ialah cara Hanis Zalikah memanggil ayam berkenaan.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Hairul Azreen, isterinya itu dilihat ada cara yang amat rare untuk panggil ayam. Yang paling hebatnya, ayam itu siap datang bila Hanis panggil.
Ini bunyi yang dikeluarkan oleh Hanis: “Kurr ba ba bah”. Ini videonya, lihat cara Hanis Zalikha panggil ayam itu.
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan cara Hanis Zalikha panggiil ayam seperti itu.
Antara yang memberi respon ialah Datin Tiara Jacquelina. Ini komennya: “Alahai comel betul Hanis panggil ayam. Kur baba bah. Hati saya terus cair.”
Ini pula komen netizen lain: “Hanis ni deco rumah pandai, masak pandai, panggil ayam pun pandai. Apa je yang tak pandai.”
Okey lepas ni siapa nampak ayam, boleh try cara Hanis Zalikha ni panggil ayam.