Ini komen Nabila Razali setelah nyanyian terkucil di AJL35

8,205 views

Semalam telah tular nyanyian Nabila Razali di pentas Anugerah Juara Lagu edisi ke35. Suara dan nyanyian Nabila Razali boleh dikatakan tidak berjaya memikat para pendengar dan penonton AJL35.

Penyanyi ini telah tergelincir dan terkucil di beberapa bahagian ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua. Terus viral video nyanyiannya itu dan menajdi bualan sejak malam tadi di laman media sosial.

Walaupun kejadian ini telah membuatkan ramai yang mengatanya, namun tuan punya badan tetap bersyukur dan gembira kerana berjaya buat persembahan di pentas besar berkenaan.

Ini komen dari Nabila Razali yang lebih mesra disapa Bella dengan para peminatnya: “Walaupun tidak seperti yang saya rancang, namun syukur alhamdulillah dah selesai. Saya tetap bersyukur dan gembira dengan persembahan di pentas AJL.”

Nabila Razali akui dia dah beri yang terbaik untuk membawa lagu Peluang Kedua yang dicipta oleh komposeer terkenal Hael Husaini dan MFMF.

Sebenarnya saya sudah try untuk bagi yang sehabis baik dan saya harap kalian akan dapat emosi yang saya cuba sampaikan pada kalian.”

Mungkin saya telah membuat sesetengah pihak rasa kecewa dengan nyanyian saya. Di sini mohon kemaafan. Saya dah cuba sehabis upaya untuk beri yang terbaik ketika mempersembahkan lagu berkenaan.”

Apapun alhamdulillah dan terima kasih kepada Hael Husaini dan MFMF kerana lagu Peluang Kedua ini telah berjaya sampai ke final, Anugerah Juara Lagu. Ini merupakan satu pencapaian yang besar untuk saya dan kami semua.”

Itulah komen dan kenyataan dari Nabila Razali sebaik sahaja selesai membuat persembahan lagu Peluang Kedua di AJL35.

Tak lama kemudian, Nabila Razali ada muatnaik gambar dan caption di laman IG miliknya dan memohon maaf kepada kedua composer yang mencipta lagu Peluang Kedua di atas nyanyiannya itu.

Ini caption dari Nabial Razali: “I have try my best, sorry Hael Husaini dan MFMF.”

AJL malam tadi berlangsung meriah walaupun tanpa kehadiran penonton. Apapun semoga Nabila Razali akan terus kuat semangat dan akan buat comeback di pentas AJL sekali lagi di masa akan datang.