“Ni ke cara bagitau girlfriend gemuk” ~ Janna Nick merajuk dengan Dini

3,413 views

Memang kita dah tahu tentang hubungan antara dua pelakon iaitu Janna Nick dan kekasihnya pelakon berdarah kacukkan, Dini Schatzmann.

Janna Nick ni memang seorang yang manja dan mengada dengan kekasihnya, biasalah sedang hangat bercinta.

Menerusi satu video terkini, ramai yang terhibur melihat aksi Janna Nick yang mengatakan bahawa Dini sengaja cakap dirinya dah bertambah berat badan.

Dari video berdurasi satu minit lebih itu, Janna dan Dini sedang melihat tempat untuk makan bersama.

Kemudian Janna ada memilih tempat berkenaan, namun Dini yang memandu kereta telah terlepa dari tempat makan berkenaan.

Janna Nikc berkata: “Saya nak makan kat Village Park, kat situ sayang. You dah tahu nak makan kat situ. Saya lapar.”

Dini kemudian menjawab.: “Situ one way, sayang, saya kena pusing. Saya pandu faster ye.”

Kemudian Dini Schatzmann ada berkata sesuatu yang membuat Janna Nick triggered.

Ini kata-kata dari Dini: “Tapi lepas makan sayang, kita pergi gym. Ok sayang? Teman saya pergi gym nak, okey.”

Janna dilihat agak sentap dan mengatakan sebenarnya Dini nak cakap dia kini dah semakin gemuk.

Kenapa nak ajak saya pergi gym. You nak cakap I gemuk ke? Kita tengah cakap tentang makanan sekarang ni. Tiba-tiba nak ajak saya pergi gym pulak. No saya dah tak rasa nak makan dah.”

Selepas itu, Janna Nick dah malas nak makan dah. Malah Janna juga tak benarkan Dini untuk pergi ke gym.

Memang terhibur betul tengok gelagat mereka berdua ni. Gaduh-gaduh manja la kan. Orang perempuan ni memang mudah rasa sensitive, walaupun si lelaki tu tak ada pun niat nak cakap sedemikian. Drama betul.

Dalam pada itu, Dini Schatzmann dan Janna Nick kini telah berganding bersama dalam sebuah drama berjudul Marry Me Sinorita.