Ianya amat keterlaluan. komen Datuk Fazley tentang Hafiz Hamidun

2,524 views

Persembahan Nabila Razali telah menimbulkan banyak komen-komen dari orang ramai, ada yang memberi komen yang kurang baik dan ada yang beri kiata-kata semangat.

Antara komen atau tweet yang menjadi bualan ialah dari rakan artis yang juga penyanyi iaitu Hafiz Hamidun.

Tweet itu telahpun dipadam oleh Hafiz Hamidun setelah ramai yang mengatakan dia telah memperlekehkan Nabila Razali.

Tampil mempertahankan Nabila Razali dan membidas Hafiz Hamidun ialah Chef selebriti yang juga penyanyi dan pelakon iaitu Datuk Fazley Yaakob.

Jelas penyanyi lagu Asmara Ini, apa yang ditulis oleh Hafiz Hamidun tidak baik kerana telah membukan peluang kepada orang lain untuk turut serta memberi komen tidak baik kepada Nabila Razali.

“Beliau seorang sahabat, beliau seorang penggiat seni dan terkenal dengan penjual zikir terapi. Saya rasa benda yang dia buat tu, saya tak nak ianya jadi punca orang lain turut sama beri komen negative kepada Nabila.”

“Kita semua perlu elakkan untuk letak garam di luka yang telah ada. Memang akan rasa pedih sebenarnya.”

“Semasa AJL berlangsung kita tahu apa yang berlaku dan dalam masa yang sama saya ternampak tweet rakan saya Hafiz Hamidun.

“It’s too much la, saya menegur sebagai seorang abang dan seorang sahabat, artis sesama artis tak sesuai buat sebegini, perli sesama sendiri, itu saya tak sokong.”

“Kena ada orang protect apabila penyanyi buat persembahan terutama di Anugerah Juara Lagu. Bila saya tengok Nabila buat persembahan, memang dia dah practice, dia dah buat latihan, saya tabik pada Nabila.”

“Saya cuma sedih apabila rakan seni sendiri, yang dihormati, yang buat teguran sebegitu.”

“Apapun, Hafiz pun dah buat permohonan maaf, dia pun buat silap sebagai manusia. Kita kena fikir banyak kali untuk nyatakan sesuatu dalam tafsiran dalam platform media sosial.”

“Nasihat saya pada semua, kalau kita ada lihat rakan artis yang jatuh, kita kena bagi semangat pada mereka.”

Itulah komen Datuk Fazley Yaakob tentang isu Hafiz Hamidun dan juga Nabila Razali.

Share this on...