Dalam perintah kawalan pergerakkan ini, begitu banyak panduan SOP yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Dapat dilihat memang ramai rakyat biasa yang kena denda dan dikompaun kerana melangar perintah yang dikeluarkan.
Namun, apa yang membuat ramai kurang gembira ialah pelaksaan undang-undang ke atas mereka yang ada nama, yang dilabel golongan kayangan oleh para netizen.
Antara yang paling popular ialah Neelofa terutama isu melibatkan keadaan majlis pernikahannya dan juga pergi ke Langkawi.
Akhirnya selepas sebulan perkahwinan mereka berlangsung, Noor Neelofa dikatakan telahpun dikenakan kompaun atas beberapa kesalahan.
Melalui laporan dari portal hiburan Rotikya, ada seorang wartawan Astro Awani mendedahkan hal berkenaan di laman Twitter.
Wartawan berkenaan mendedahkan Neelofa dan kelaurga termasuk suaminu iaitu Pu Riz telah dikenakan denda sebanyak RM60 ribu secara total.
Memetik penulisan wartawan berkenaan, kesalahan pertama Neelofa ialah kegagalan Neelofa memastikan jarak ketika majlis pernikahannya. Jumlah saman ialah sebanyak RM10 ribu.
Kesalahan kedua Neelofa pula melibatkan kehadirannya ke Pulau Langkawi. Telah disahkan bahawa Neelofa didapati melanggar kebenaran rentas negeri atas urusan untuk kerja yang diberi. Untuk kesalahan itu Neelofa kena denda sebanyak RM10 ribu. Total Neelofa kena bayar kompaun ialah RM20 ribu.
Kemudian, Pu Riz turut kena denda atas kesalahan melanggar kebenaran rentas negeri, sama seperti isterinya. Maka Pu Riz turt kena bayar kompaun sebanyak RM10 ribu.
Kesalahan yang terakhir telah dikenakan kepada 20 orang family Neelofa yang hadir dalam majlis pernikahan antara Neelofa dan Pu Riz itu, atas kesalahan tiada penjarakkan sosial sekurangnya satu meter.
Setiap 20 ahli keluarga Neelofa turut kena kompaun sebanyak RM1500 seorang, jadi totalnya ialah RM30 ribu.
Jika dijumlah kesemua jumlah kompaun yang dikeluarkan makan totalnya ialah denda sebanyak RM60 ribu dikenakan ke atas Neelofa dan family nya.
Neelofa kena RM20 ribu, Pu Riz kena RM10 ribu dan family kena RM30 ribu.
Dari sumber, dikatakan hal ini telah disahkan oleh pihak polis. Semoga hal ini dijadikan teladan buat semua, sila patuhi Sop yang ditetapkan dan undang-undang kenalah ikut.