Tak ada angin tak ada rebut, secara tiba-tiba usahawan Mawar Karim, pemilik tudung Fareeda telah dikaitkan dengan seorang menteri.
Bekas isteri kepada Fizo Omar ini dikatakan ada kaitan dengan Datuk Dr Mohd Khairuddin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Melalui laporan beberapa media, Mawar didakwa berada dalam kereta Khairuddin ketika melalui satu sekatan jalan raya.
Khairuddin melalui laman media sosial telah menafikan hal berkenaan. Jelasnya ini satu dakwaan yang cuba menjatuhkannya. Ini komen dari tuan menteri ini.
Mawar juga ada menulis tentang isu ini. Melalui satu komen Mawar telah menafikan semuanya dan berkata dia hanya berada di Kuala Lumpur.
“Letih mahu baca, baik cari makan nasi kandar, kenyang perut. Macam-macam cerita yang ada keluar. Saya hanya ada kat Kuala Lumpur saja. Lepas ini dengan siapa pula yang nak create.”
Mawar kemudian ada muatnaik beberapa foto di Insta stories yang dikatakan dalang membuat cerita berkenaan. Dalang itu merupakan seorang Dato.
“Saya ada beberapa perbualan seorang Datuk. Ini yang motif sebenarnya? Adakah seronok sangat dapat sebar berita tak betul? Apa maksudnya yang ditulis bahawa masa dah suntuk? Apa motif dan apa agenda Datuk ini.”
Dalam pada itu, pihak media turut menghubungi bekas suaminya iaitu pelakon Fizo Omar untuk bertanya sekiranya dia tahu menahu tentang hal berkenaan. Namun ternyata Fizo memang tak tahu apa-apa.
“Saya tidak tahu menahu tentang kes Mawar dengan Tuan Menteri, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali. Ni pun saya baru dengar tentang kes berkenaan semalam.”
Untuk info telah viral info kononnya Datuk Khairuddin ditahan di sekatan jalan raya di Terengganu bersama seorang wanita disyaki Mawar Karim. Malahan ianya turut dilaporkan oleh portal media arus perdana.
Sebelum ini Mawar Karim telah bernikah Fizo Omar pada bulan November tahun 2013 namun hubungan berakhir pada Julan tahun 2019. Pada tahun 2018, Fizo dan Mawar dikurniakan seorang anak perempuan bernama Maryam.