“Minta ibu bapa adik ni pantau anak, baru 11 tahun, terciduk nanti” Ali Puteh

5,844 views

Kalau sebut nama Ali dari kumpulan Puteh, sudah tentu ramai yang tahu kesnya yang melibatkan dengan kaka ipar, balu kepada arwah Abam iaitu Hidayah.

Sejak kes itu berlangsung, memang ramai yang berbelah pendapat, ada yang sokong dengan Ali dan ada yang menyokong Hidayah. Kes ni dah pun masuk mahkamah, oleh itu kita tunggu saja keputusannya.

Dalam perkembangan terbaru, Ali Puteh ada mendedahkan dirinya sring kena hentam dengan netizen. Sebelum ini ada seorang wanita yang menulis komen kurang baik kepadanya.

Yang terkini, Ali turut mendedahkan ada budak bawah umur yang turut sama memberi komen kepadanya.

Dari apa yang dikongsikan oleh Ali, kanak-kanak berumur 11 tahun itu telah menulis komen ini: “Kau ni dah melampau Ali Puteh.

Ali telah muatnaik gambar komen berkenaan dan meminta ibu bapanya untuk pantau anaknya itu bermain telefon.

Saya minta ibu bapa kepada adik ni sila lah pantau anak-anak. Budak ni tulis kau kau saja dengan saya. Alahai dik, baru 11 tahun umurnya. Minta jasa baik sangat ayah ibu adik Damia ni tengok anak. Pakcik bukan ape dik, pakcik takut terceduk adik nanti. Baru 11 tahun.

Komen Ali ini ada yang canggah juga, antaranya mengatakan ianya sesuatu yang biasa. Selain itu ada juga yang mengatakan Ali seperti koyak walau dengan budak.

Ini tulisan netizen Callamilk: “Dia cakap kau memang melampau saje kan? Atau ada cakap yang teruk lagi? Saya rasa macam biasa saja.

Ali Puteh memberi respon: “Memang die tak ada cakap yang teruk, tapi adik ni baru 11 tahun. Dia tulis kau kau saja dengan saya. Lepas tu kata saya melampau, apa yang melampau? Mana mak ayah dia, tak tengok anak main Instagram.

Seorang lagi netizen bernama Muhamad Zharif menulis: “Dengan budak-budak pun Ali nak koyak ke, baik jadi girl sajalah ye.

Sindiran netizen ini dijawab oleh Ali: “Zharif tu bukan koyak, tu biadap mak ayahnya tak ajar anak, Itu bukan koyak, biadap.

Banyak komen lain yang turut menyokong Ali Puteh mengatakan anak-anak zaman sekarang ni dah advance dan ada yang tak dipantau oleh ibu bapa terutama di laman media sosial.