Datin Noor Kartini report polis, bukan dia yang tulis

2,917 views

Ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini telah pun buat report polis ekoran tersebarnya satu posting di Insta story yang menunjukkan dirinya seakan memberi komen yang agak kurang elok kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim.

Di Insta story berkenaan, Noor Kartini mempersoalkan tindakan Sultan Johor. Ini yang ditulis di laman Ig berkenaan.

Kalau prihatin minta agong batalkan darurat, cakap lebih saja.” Itulah yang ditulis. Ini fotonya.

Sejurus kemudian, Noor Kartini tampil menjelaskan apa yang ditulis itu bukanlah dari dirinya sebalik pengurus yang menguruskan akaun media sosial miliknya itu. Ini komen Kartini.

Saya merujuk berkenaan screenshot yang viral hari ini. Individu iaitu salah satu Admin kepada akaun instagram saya dengan nama Noorkartini, telah upload satu posting di instastory dengan salah guna akaun saya itu.

Tak pernah pun saya ada beri kebenaran kepada mana-mana admin untuk buat posting yang berunsurkan politik apatah lagi buat provokasi Institusi Raja-Raja Melayu.

Susulan itu, saya telah buat report polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail menjelaskan hal ini dan akan beri kerjasama.

Kepada Yang Dipertuan Agong , Istana Negeri Johor dan Tuanku Sultan Johor dan semua ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf di atas isu yang melanda ini.

Dengan ini Datin Noor Kartini mengatakan hal ini adalah kesilapan dari salah seorang pekerjanya yang ada akses kepada laman Instagram miliknya.

Admin berkenaan secara tak sengaja telah dan tak sedar telah upload entry Insta story di akaun Noor Kartini.

Ini antara perbualan antara kartini dengan staff nya itu.

Putera kepada Sultan Johor iaitu Tunku Idris ada muatnaik entry berkenaan dan terkejut dengan apa yang dibacanya. Malah tak lama kemudian, Tunku Idris juga ada upload satu enrty berkaitan adab.

Apapun, semoga penjelasan dari Noor Kartini itu akan menjernihkan keadaan.