“Aktiviti seni tak jalan, saya berniaga demi survival” ~ Acong

1,608 views

Malaysia kini masih lagi di bawah perintah kawalan pergerakkan ekoran lonjakan kes akhir-akhir ini.

Memang ini satu dugaan buat mereka yang bekerja sendiri kerana sumber pendapatan akan mula terjejas.

Antara bidang yang turut terkesan ialah dunia seni. Dek kerana tak boleh jalani penggambaran dan tiada jemputan nyanyian, ramai pelakon dan penyanyi kini terpaksa cari jalan lain untuk cari rezeki.

Pelakon dan penyanyi, Acong, turut terjun ke dalam bidang perniagaan setelah arahan perintah kawalan pergerakkan dikeluarkan.

Peserta Gegar Vaganza ini kini menceburi perniagaan menjual dessert atau manisan.

Melalui cadangan isteri Acong, Marya Zuraida, mereka berdua kini mengusahakan menjual chesse pie atau pai keju.

Acong menyatakan dia tak ada rasa malu pun kerana terpaksa berniaga makanan untuk mencari rezeki setelah aktiviti seni direhatkan.

“Tak perlu ada rasa malu untuk cari rezeki dengan berniaga. Yang paling penting, dapur rumah berasap. Bolehlah tambah pendapatan ketika semua pun bergelut dengan keadaan sekarang ini.”

“Bukan hanya golongan penggiat seni, memang ramai yang terkesan kerana adalah perintah sekatan pergerakan sejak sebulan lepas. Sekarang semua aktiviti seni tak jalan, oleh itu saya terus berniaga untuk survive.”

Acong menyatakan isterinya pernah berlajar buat cheese pie dari adiknya dan kini telah jadi perniagaan.

“Kebetulan, isteri saya pernah belajar buat pai keju dengan adik angkatnya. Lepas tu, isteri cadang lah saya jual manisan, dessert ni. Kalau ikutkan, sebelum ini, dia hanya masak untuk family, sekarang bolehlah orang luar pun rasa.”

Acong akui dia memiliki pengalaman dalam bidang perniagaan makanan, malah pernah jual cendol di negara jiran.

“Kenangan berniaga, saya pernah jual cendol santan sawit di Singapura tak lama dulu. Masa tu memang tak sangka minuman itu menjadi dan boleh kata popular. Ramai suka sebab cendol guna gelas besar dan lemak santan sawit memberi kelainan pada rasanya.”

Jelas Acong sejak jual pie, para peminat antara yang memberi sokongan dan membeli dessert berkenaan. Jika nak beli bolehlah ke Instagram milik Acong.