“Berdosa panggil Elizad mandul”

1,141 views

Memang pelik orang zaman sekrang ni apabila secara terbuka memperlekehkan orang lain, orang yang dia tak pernah jumpa pun.

Itulah yang berlaku kepada selebriti yang juga pelakon Elizad Sharafuddin setelah menerima panggilan nama kurang enak dari seorang pengguna Facebook bernama Zain.

Gelaran ejekan tidak boleh mengandung, ternyata mengguris perasaan pelakon ini, dan akhirnya kes ini menjadi kes polis.

Ramai yang terkejut dengan komen dari individu bernama Zain itu, malah pendakwah, pelakon dan pengacara PU Azman tampil memberi pandangannya.

PU Azman mengatakan, mengejek orang lain dengan panggilan “mandul” adalah satu tindakan yang berdosa.

“Memang aneh betul apabila orang yang tak ada kaitan sibuk nak campuri kehidupan orang lain. Jika nak beri nasihat tak apa juga, ini hanya nak cakap yang bukan-bukan.”

“Sudah tentu kata-kata kurang baik seperti itu adalah perbuatan yang kurang akhlaknya dan dia akan berdosa.”

“Sebagai orang luar, kita tak wajar nak campur urusan orang lain apatah lagi hal membabitkan sesuatu yang amat peribadi.”

“Dia patut tahu tanggungjawab. Adalah tak sewajarnya cakap dan sentuh kehidupan orang lain jika tidak diberikan authority untuk cakap tentang hal itu.”

“Ianya adalah satu sistem kehidupan manusia yang normal (tak sibuk hal orang lain) melainkan dia sendiri tak ada sebarang kehidupan untuk diurus. Kalau tak ada benda baik nak cakap lebih baik diam.”

PU Azman berharap Elizah akan tabah dan cekal dengan kata-kata yang telah dilemparkan kepadanya itu.

“Apapun, saya mengharapkan Elizad akan terus bersabar dan membina kekuatan diri.”

Untuk pengetahuan, Elizad bernikah dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari tahun 2015. Enam tahun berkahwin, Elizad kini sedang berusaha mendapatkan zuriat malah telah jalani rawatan kesuburan. Impiannya adalah untuk menimang cahaya mata dan ramai yang memberi sokongan kepadanya.