Video Alif Aziz tersebar lagi, ini jawapan Bella Astillah "Ketika tu hati dia buta" - News Tel

Video Alif Aziz tersebar lagi, ini jawapan Bella Astillah “Ketika tu hati dia buta”

4,969 views

Sekali lagi telah tersebar video di Twitter menunjukkan seorang lelaki seakan Aliff Aziz melakukan perbuatan yang kurang elok dipertontonkan dalam sebuah tandas.

Setelah viral, pihak wartawan bertanya sendiri kepada isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah tentang hal berkenaan, apatah lagi diketahui, Aliff Aziz kini dah berubah, bukan lagi seperti dulu.

Bella Astillah akhirnya tampil memberi jawapannya.

Katanya, video yang telah viral itu dirakam semasa suaminya masih dalam kejahilan bab agama, belum berubah, video itu video lama.

Video tersebut merupakan video lama dilakukan di masa lalu, saya tak nak tahu dan saya dah tak mahu tengok pun zaman kejahilan dia. Waktu itu, mungkin hati dia telah buta.

Ketika ini, suami saya sedang cuba untuk jadi yang terbaik dan berubah ke arah kebaikan dengan perlahan-lahan. Namun begitu, ini seakan ada yang mahu menjatuhkan dia.

Mungkin kerana kurang senang dengan kebahagiaan dan perubahan yang dibuat oleh Aliff sekarang ini, entahlah wallahualam.

Itulah jawapan yang diberi oleh Bella Astilla melalui laporan dari portal hiburan Mstar tentang video yang sedang jadi bualan di Twitter. Sehingga kini, entry berkenaan dah pun ditonton lebih 20 ribu orang.

Bella berkata lagi, kali ini, dia dan keluarga memberi sokongan penuh kepdaa Aliff Aziz kerana mahu buat perubahan pada diri.

Sekarang ini, perkara yang lebih penting ialah saya dan family akan terus doa dan akan beri sokongan sebanyak mungkin kepada Aliff Aziz.

Kini Aliff Aziz juga telah pun duduk bersama Bella Astilla dan anak-anaknya sejak bulan Disember tahun 2020. Sebelum ini Aliff menetap di Singapura.

Bernikah pada tahun 2016, Bella Astillah dan Aliff Aziz mempunyai dua orang cahaya mata Ayden Adrian 3 tahun dan Ara Adreana setahun.

Latest from Viral


“Perempuan ni mesti jadi orang paling menyampah di Malaysia sekarang”

2,370 views

Kita dikejutkan dengan satu berita ada ibu bapa yang naik angin dengan seroang warga emas kerana disangkakan nak larikan anak mereka.

Kejadian ini berlai di Rawang, Selangoor yang mana seorang warga emas berumur 80 tahun ditahan di tengah jalan setelah mendapati menumpangkan seorang remaja OKU.

Satu video telah tersebar menunjukkan ibu kepada remaja berkenaan siap naik kaki kepada pakcik berkenaan.

Tanpa asal usul periksa, wanita berkenaan menuduh pakcik tersebut cuba larikan anak mereka. Hasil siasatan pihak berkuasa, rupanya hanya nak tumpangkan saja.

Habis teruk lah wanita ni kena bamboo dengan netizen semua. Ramai yang mula menyampah dengan tindak tanduk serkap jarang seperti ini. Malah ada yang mengatakan ibu bapa ini yang tak reti jaga anak sampai boleh keluar seorang diri.

Antara yang lantang bersuara ialah pengarah Micahel Ang. Menerusi satu entry di Instagram, Micahel mengatakan wanita itu merupakan wanita paling tak disukai di Malaysia ketika ini.

Salam kepada semua. Perempuan ini pastinya dah jadi manusia yang paling orang menyampah kat Malaysia sekarang ni, termasuklah diri aku sendiri.

Seriously kau main hantam terus pakcik warga emas macam tu. Umur dia dah 80 tahun kot. Tau lah kau tengah cuak anak hilang, namun takan tak ada otak dan bersabar.

Tanyalah dulu, pakcik tu duduk je dalam kereta kot. Kau tu kaya sangat ke sampai ingat org nak larikan anak kau.

Kau yang tak reti jaga anak sampai anak pergi keluar merayau-rayau pun kau tak sedar lepas tu kau nak naik kaki kat orang.

Memang tak bagus betul, kalau aku salah seorang family pakcik tu, memang tak akan aku lepaskan kau ni.

Itulah antara luahan dari Michael Ang. Dilihat diruang komen, memang ramai yang setuju dengan luahan pengarah ini. Semua pun naik menyirap dengan perangai wanita ni. Dapat diperhatikan rata-rata semua berharap family pakcik tu ambil tindakan undang-undang terhadap wanita berkenaan.

Artis lain pun turut ada beri komen seperti Zarina Zainuddin, Che Ta dan Alif Satar.

Go to Top