Abang Viva dah bawa isteri jumpa keluarga, semuanya dah berbaik, ini luahan isteri Abg Viva

2,028 views

Semua pun dah tahu tentang perkahwinan antara Abang Viva dan pasangan Evanoza baru-baru ini. 

Perkahwinan antara kedua mereka bagaimanapun mendapat liputan apabila kakak kandung kepada Abang Viva telah membuat satu kenyataan yang agak mengejutkan ramai. 

Jelas kakak, perkahwinan antara Abang Viva dan isterinya itu tidak diketahui oleh pihak keluarga nya. 

Melalui satu sesi live, Abang Viva tampil menyatakan hal sebenar dan memberitahu dirinya dah kena kick dari group Whatsapp pada bulan Julai yang lalu. 

Namun dia dah pun memberitahu kepada ibu bapanya hasrat untuk menikahi wanita pilihan hati iaitu Evanoza. 

Jelas Abang Viva lagi, dia akan kembali ke kampung halaman untuk bertemu ahli keluarga dan akan menjernihkan suasana. 

Akhirnya semalam, Abang Viva telah memabwa isterinya ke kampung halaman bertemu ahli keluarganya. 

Kini hubungan antara Abang Viva telah pun kembali pulih dan dah pun berbaik. 

Malahan, gambar antara Abang Viva dan isteri bersama ahli keluarga Abang Viva telah pun dimuatnaik untuk tatapan semua. 

Menerusi satu entry oleh Evanoza, dia ada menulis rasa hatinya dan bersyukur semuanya dah jernih. 

Evanoza juga meminta maaf kepada semua family sebelh Abang Viva jika ada salah dan juga silap dari dirinya. 

Ini caption dari Evanoza yang ditulis di laman media sosial. 

“Syukur alhamdulillah dengan segala rahmat serta kasih sayang Mu Ya Rahman dan Ya Rahim, akhirnya kami dapat bertaut semula, semuanya dengan keizinan dari Mu.”  

“Inshaallah Eva akan menjaga hubungan silaturahim ni sampai ke hujung nyawa. Minta tolong semua pihak agar dapat mendoakan kami.” 

 “Kepada mak dan juga ayah, buat kakak ipar, biras serta anak buah, dan juga semua family Eva di sini mahu memohon keampunan dan juga kemaafan atas apa yang terjadi.” 

“Bagi pihak Eva pula, saya dah maafkan semuanya. Kita ni hanya manusia biasa dan tidak lepas dari buat sebarang kesilapan.” 

Itulah kenyataan dari isteri Abang Viva sendiri iaitu Evanoza, syukur semuanya dah selesai.