Satu berita duka telah diterima oleh salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke 9 ini iaitu Dina Nadzir.
Penyanyi yang juga penyampai radio ini menerima berita bahawa ayah tersayang iaitu Mohd Nadzir meninggal dunia di usianya 64 tahun.
Ayah Dina Nadzir disahkan sudah tiada sekitar jam 8 pagi tadi, hari Ahad 23 Oktober 2022.
Hal ini disahkan oleh pengurus kepada Dina Nadzri bernama Mickey.
Jelas Mickey lagi, ayah Dina Nadzri mempunyai penyakit barah di bahagian paru-paru dan pergi buat selamanya di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor.
Ayah Dina Nadzir sebelum ini dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari yang lalu akibat komplkasi barah yang dihidapi olehnya itu.
Ini kenyataan bagi pihak Dina Nadzir.
“Arwah Nadzri memang ada penyakit cancer. Malahan baru-baru ini dia ada isu dengan paru-parunya dan telah masuk ke wad di sebuah hospital sejak beberapa hari yang lepas.”
Dalam pada itu, Mickey turut memaklumkan bahawa Dina sempat bersama di sisi bapanya sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Ketika di saat akhir hayatnya, Dina dan ahli keluarga yang lain telah berada di sisi arwah Nadzir dan bersamanya.
Tentang perkembangan di pentas Gegar Vaganza pada minggu ini, Dina disahkan tak akan membuat persembahan.
“Dah tentu kerana berita yang duka ini, Dina tak akan dapat hadir untuk membuat persembahan di malam ini. Dia sebelum ini hanya sempat sertai semasa buat sound check pada hari Sabtu dan kemudian kami dimaklumkan bahawa keadaan bapanya yang semakin kritikal.”
“Sebaik terima berita berkenaan, Dina bergegas pulang ke Johor untuk bersama di sisi ayahnya.”
Pada minggu ini, Dina sepatutnya menyampaikan lagu berjudul Januari nyanyian asal Glen Fredly.
Dalam pada itu, jenazah arwah ayah Dina akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Impian Emas, Johor Bahru pada hari ini selepas solat Zohor.
Salam takziah buat Dina Nadzir dan ahli keluarganya.