“Ada wanita masuk semasa saya tukar baju..” Fikry Ibrahim akui diganggu

2,883 views

Pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim membuat pendedahan dirinya pernah terkena gangguan dan ianya perkara yang membuat dirinya terkesan dengan pengalaman berkenaan.

Jelas Fikry, walaupun dia hanya diganggu secara perkataan dan lisan itu sudah cukup membuat dirinya terkesan.

Bukan saja sekali, malahan pelakon berumur 28 tahun ini sudah beberapa kali diganggu sedemikian rupa.

Walaupun gangguan seperti ini sering dikaitkan dengan golongan wanita, sebenarnya kaum lelaki juga tak terkecuali.

Ini pengalaman dari Fikry Ibrahim tentang kejadian yang menimpa dirinya.

“Antara pengalaman yang saya kena ialah semasa saya sedang menukar baju di set penggambaran, ada wanita yang masuk dalam tempat menukar baju itu. Kemudian dia berkata sesuatu berkenaan hal yang melibatkan fizikal saya.”

“Selain itu, saya juga pernah ditegur tentang hal maskulin semasa sedang jalan-jalan. Saya ada fikir, cuba kalau saya pula yang cakap, perkara yang mereka katakana itu.”

“Kadangkala kalau lelaki puji bahagian tubuh wanita pun dianggap sebagai gangguan juga. Tapi lain pula kalau pihak lelaki, hal ini macam dah biasa dan normal pula.”

Tandap disedari, hal seperti ini mampu menganggu emosi kaum lelaki juga. Bagi Fikry hal seperti ini tak patut dilakukan walaupun kepada lelaki.

“Kalau nak ikutkan, saya sendiri tidak mahu fikir sangat tentang isu ini bukan sebab tak sensitif. Tapi, gangguan macam ni tanpa sedar boleh mengaibkan maruah seseorang.”

“Walaupun secara lisan, dan nampak seakan normal, dan remeh-temeh, tapi bagi saya, ianya tak patut menjadi hal yang normal. Tak patut menormalkan budaya macam ni. Nanti dari lisan, jadi perlakuan pula.”

Itu pengalaman yang diceritakan oleh Fikry Ibrahim tentang gangguan yang diterima dari kaum wanita tentang fizikal dirinya.