Pelakon terkenal yang terkenal denagn tagline “Kita Enjoy” dalam sitcom Puteri iaitu Nora Danish kini menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang kelima dengan suaminya Nedim Nazri atau lebih mesra disapa denagn nama Boss Ned.
Nora Danish telah menulis satu ucapan khas buat suaminya sempena anniversary yang kelima pada tahun ini.
Antara initipati ucapannya ialah dia harap Nedim akan sentiasa melihatnya sebagai wanita yang paling cantik.
Ini ucapan dari Nora Danish kepada Nedim Nazri.
“MasyaAllah. Syukur sangat, alhamdullilah. Happy Anniversary sweetheart tersayang. Sudah lima tahun dah. Dan masih lagi still counting. Semua dengan izin Nya.”
“Semoga kita berdua akan terus bahagia, saling sayang menyayangi, saling hormat menghormati, sampailah ke Jannah.”
“I love you wahai suamiku. Terima kasih untuk segalanya. Semoga Allah akan memberi rahmat dalam perhubungan kita ini sehingga akhir hayat.”
“Tak lupa semoga you sentiasa nampak I yang terpaling cantik selamanya.”
Dalam pada itu Nora Danish juga ada menulis Nedim seperti mahu memberinya hadiah rumah. “You nak hadiahkan I pindah rumah sempena anniversary kah?”
Dalam pada itu, Nedim juga ada menulis ucapan buat Nora Danish.
“Kita berjaya sayang, kita dah buktikan mereka semua silap. Syukur.”
“Selamat ulangtahun perkahwinan yang kelima kepada wanita yang paling cantik di mata saya. Semoga kita lebih gembira dan kuat bersama-sama. Sentiasa menyayangi kamu Nora Danish.”
Ramai yang memberi ucapan anniversary buat kedua pasangan ini, dan ini termasuklah Tiara, Sheila Rusly, Sharnaaz, Beto, Catriona Ross dan ramai lagi lah.
Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang kelima Nora Danish dan Boss Ned, happy anniversary, semoga bahagia selalu dan berjaya dunia dan juga akhirat.