Antara adik beradik selebriti yang terkenal di tanah air ialah pelakon Rozita Che Wan dan juga Ayu Raudhah. Kedua mereka ini memang merupakan pelakon yang amat berbakat.
Bukan itu saja, mereka berdua ini juga mempunyai ramai hubungan kekeluargaan dengan selebriti lain seperti Lan Pet Pet yang merupakan abang ipar dan juga Aidil Zafuan, pemain bola sepak terkenal Malaysia, abang kembar kepada Zaquan Adha, suami kepada Ayu Raudhah.
Rozita Che Wan pula berkahwin dengan Zain Saidin sekaligus mempunyai hubungan kakak ipar dengan penyanyi Elite, Sasha Saidin.
Boleh dikatakan, family kedua pelakon ini memang terkenal di negara kita ini.
Jika dah terkenal ni, ramai akan cuba nak bandingkan antara Ayu Raudhah dengan Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta.
Melalui laporan Ohbulan, Ayu akui ada yang membandingkan fesyen dirinya dengan kakaknya itu, namun bagi Ayu, dia kenal sangat dengan perwatakkan Che Ta.
Jelas Ayu, dia tak kisah orang nak membandingkan fesyen diri dengan Che Ta sebab tahu Che Ta ni seorang yang amat menjaga penampilan.
“Saya tak kisah orang cakap pun kerana tahu dia macam mana. Che Ta ni memang seorang yang amat menjaga penampilan dirinya.”
“Masih saya ingat, dulu masa dia pergi sekolah dulu pun pakai sarung kaki. Lepas tu, Che Ta jenis yang tak lepak di kedai mamak. Sampai tahap macam itu kakak saya.”
Ayu Raudhah berbangga dengan segala kejayaan yang dikecapi oleh kakaknya itu, bagi Ayu, Che Ta memang layak.
“Bagi saya, tidak perlulah nak dibanding antara kami berdua ini. Secara peribadi, Che Ta memang amat layak untuk miliki apa yang dia ada sekarang, di kedudukan sekarang ni.”
“Saya amat berbangga dengan dia. Saya tidak ada nak terasa dibanding-bandingkan. Saya tahu dia berusaha dengan amat gigih dan kuat untuk meraih kejayaan sampai tahap macam ini. Dia memang seorang yang luar biasa.”
“Tapi kalau dia pakai sesuatu yang biasa, itu barulah luar biasa. Kalau dia pakai busana kepuk-kepuk itu, dia memang amat sesuai dengan fesyen itu. Dia pakai busana itu dengan penuh jiwa. Sesetengah orang tak boleh buat macam tu pun.”
Itulah komennya tentang Che Ta. Selain itu, Ayu Raudhah atau nama penuhnya Raudhah Che Wan, kini mula ceburi bidang perniagaan dengan menghasilkan baju kurung.