Ada yang pertikai fesyen terbaru nampak dahi, ini respon Neelofa

2,654 views

Neelofa memang terpalit dengan pelbagai isu peribadi walaupun sudah memakai hijab. Bukan sahaja dirinya, malah familynya turut terlibat sama.

Antara isu yang muncul ialah gaya terkini Neelofa yang berniqab nampak dahi, menerima label Kardashian Kelantan, dan kisah hubungan dengan pendakwah Pu Riz.

Selain itu, nama Neelofa turut dikaitkan dengan isu familynya seperti kes Harima Menangis oleh ibunya, dan banyak kes melibatkan adik beradiknya seperti Ameera Khan.

Kata Neelofa, dia sebenarnya dah lali dengan semua kata-kata dari orang lain yang dilemparkan kepadanya.

“Kecaman memang telah sinonim dengan diri saya. Dah 10 tahun saya berdepan dengan pelbagai isu dan menerima pelbagai timahan namun begitu ianya tak memberi kesan pada diri saya.”

“Jika ada orang yang label saya ni macam Kardashian atau apa sekalipun, ia tak beri kesan.”

“Syukur alhamdulillah, family saya juga tidak terlalu memikirkan komen orang lain. Dan sebagai public figure, saya akan beri nasihat kepada family cara nak berdepan dengan komen orang luar. Kini mereka dah dapat suaikan diri.”

Tentang satu lagi isu yang hangat diperkatakan iaitu fesyen pemakaian niqab yang menedahkan dahi, Neelofa tampil memberi respon.

“Saya akan pakai apa yang saya selesa. Kalau pada hari ini, saya rasa mahu berniqab, saya akan pakai. Kemudian kalau esoknya, saya rasa nak berpurdah, itu hak saya. Saya tak perlu ikut netizen.”

“Sebab dah semakin matang dan dah lama dalam industri, saya kini lebih tenang berdepan dengan komen orang lain pada saya.”

Tentang perkembangan kerjaya dalam dunia seni, Neelofa akui banyak terima tawaran untuk mengacara rancangan. Namun Neelofa hanya memilih yang benar-benar ada pengisian.

Neelofa turut memberitahu buat masa sekarang, dia sedang berhenti dari dunia lakonan dan belum lagi ada berfikir untuk kembali berlakon.