“Bodohnya aku, saya memang loser” – Janna Nick menangis minta maaf

13,515 views

Selebriti terkenal tanah air, Janna Nick memuatnaik satu video menunjukkan dirinya meminta maaf secara terbuka di laman media sosial Instagramnya.

Video selama lebih kurang dua minit itu merupakan permohonan maafnya kerana bertelingkah dengan netizen dan peminat pada bulan lalu.

Kata Janna, tindakannya yang bertelingkah dengan netizen merupakan satu tindakan yang tak wajar dibuat olehnya.

“Hai guys, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada mereka yang tonton video ini. Kepada semua yang ada sakit hati dengan saya.”

“Tak tahula, kita rasa, kita bermula pada tahun 2021 ini dengan aura negative. Gaduh dengan netizen. Bodohnyalah aku. Saya akui saya ni memang bodoh. Saya memang loser, saya memang tak patut nak cari gaduh dengan netizen.”

“Apabila lakonan saya iaitu drama Melastik Ke Hatimu keluar, korang semua sokong, dan support sampai drama itu trending, saya rasa sedih sangat. Saya gaduh dengan orang tapi akhirnya korang juga yang menyokong karya saya.”

Pernah membuat kenyataan bahawa dia menang dengan netizen dan ada membezakan artis dan orang biasa, Janna Nick berkata dia tak patut buat sebegitu.

“Janna Nick satu dan netizen kosong itu memang sesuatu yang amat teruk. Saya mohon maaf. Kenyataan yang saya kata tentang orang biasa dengan golongan artis tu, saya tidak ada niat nak bezakan antara artis dengan orang biasa.

“Seseorang artis itu juga merupakan orang biasa. Saya ni pun orang biasa dan saya tetap mengaku salah saya dan minta maaf. Saya nak start pada tahun 2021 ini dengan positif.”

Diimbas kembali, kecoh di platform media sosial di Facebook, Instagram dan Twitter apabila Janna banyak berbahas dengan para netizen. Antaranya isu berkaitan filem Malaysia sampaikan Janna guna perkataan beruk. Selain itu ada juga isu kekasihnya Dini mengangkat dan mendukungnya melalui satu video.

Janna Nick selalu membalas kembali komen yang diterima namun dilihat bagaikan tidak boleh menerima komen mahupun kritikan.