Adam Shah bawa kes ke mahkamah, isu tuduhan bekas isteri Fatin Afeefa

3,693 views

Hangat diperkatakan tentang pendedahan dari pelakon Fatin Afeefa tentang bekas suaminya iaitu Adam Shah.

Ianya apabila Fatin Afeefa mendedahkan bahawa anak perempuannya iaitu Ivy Herra Sophia ada bercerita bahawa bapanya iaitu Adam Shah ada bawa teman wanita bercuti dan telah duduk bersama di dalam satu bilik bersama dengan anaknya itu.

Ramai yang tahu respon dari Adam Shah tentang is ini, dan akhirnya tuan badan berkata bahawa dia nak bawa kes ini ke mahkamah.

Saya tidak mahu beri sebarang statement ketika ini kerana nak bawa hal ini ke mahkamah. Apa yang dikatakan oleh pihak sana (bekas isteri, Fatin Afeefa) adalah satu fitnah.”

Saya tahu dan sedar diri, bahawa saya ni bukan la baik sangat namun taklah sampai saya nak buat perkara yang tak senonoh macam tu kat depan anak.”

Apa pun, tak ada apa yang saya nak komen lagi, kita biarkan mahkamah yang tentukan berkaitan hal ini nanti.”

Itulah respon dari Adam Shah yang terkenal dengan lakonannya dalam drama Juvana bersama Johan Asaari, Zahiril Azim, dan Syazwan Zulkifli.

Diimbas kembali, beberapa hari yang lepas, Fatin Afeefa menerusi laman Instagram miliknya, telah muatnaik beberapa video dan tulisan mendedahkan aaknya ada bercerita tentang kisah percutian ayahnya dengan teman wanita.

Fatin Afeefa juga ada muatnaik paparan perbualan whatsapp dengan Adam Shah untuk mengetahui samada Adam dan kekasih sudah berkahwin, dan Adam mengatakan belum lagi kahwin.

Pelakon Tentang Bulan ini juga naik emosi, dan turut mengungkit tentang isu nafkah, serta meminta jangan kaitkan anaknya iaitu Ivy dengan perkara yang tak elok.

Namun beberapa jam kemudian, Fatin muatnaik satu kenyataan memohon maaf di atas pendedahan berkenaan yang merupakan isu peribadinya dengan bekas suami.

Pasangan pelakon, Fatin Afeefa dan Adam Shah pernah bernikah pada tahun 2013 dan berpisah empat tahun kemudian, pada tahun 2017.