Perkahwinan merupakan satu perkara yang amat murni untuk dilangsungkan. Ikatakan yang sah buat dua insan, antara lelaki dan wanita.
Memang lelaki telah diberi kebenaran untuk berkahwin banyak dan mempunyai empat orang isteri, akan tetapi, suatu yang amat sukar untuk mencari wanita yang sudi dan redha berkongsi kasih dengan wanita yang lain.
Ini satu kisah yang berlaku kepada seorang gadis yang baru berumur 25 tahun. Gadis bernama Karina ini bercerita bahawa ditelah menjadi isteri dan hidup bermadu.
Karina adalah seorang gadis dari Aceh, Indonesia. Memuatnaik video di laman media sosial, Karina menceritakan bagaimana dia berkahwin dengan lelaki yang berumur 49 tahun, dan ini merupakan perkahwinan yang kelima untuk suaminya itu.
Jelasnya, memang suaminya berkahwin lima kali dan bukannya ada memiliki lima orang isteri. Sebenarnya isteri pertama suaminya itu telah pergi buat selamanya, dijemput Ilahi.
Kemudian, perkahwinan keempat suaminya itu pula telah berakhir, mereka telah berpisah.
“Dulu anak ayah, sekarang isteri orang. Suami aku 49 tahun, aku 25 tahun. Aku isteri termuda dari lima isteri-isterinya. Isteri pertama dah meninggal manakala isteri keempat dah berpisah. Sekarang tinggal tiga orang isteri.”
Oleh itu, ketika ini Karina merupakan isteri ketiga suaminya itu, dan dia merupakan isteri termuda yang pernah dinikahi suaminya.
Walaupun usia suaminya hampir dua kali ganda, dan jarak umur yang jauh, namun Karina bahagia bersama suami dan hidup bermadu.
Bagi Karina, yang paling penting hidup bermadu ini ialah tanggungjawab suaminya yang kenalah sentiasa berlaku adil, jujur dan pandai bahagikan masa untuk isteri-isteri.
“Isteri ketiga tak apa, asalkan suami jujur dan sentiasa adil. Saya isteri muda selalu dibawa ke mana-mana dan selalu diberi perhatian.”
Karina bukannya goyang kaki, sebaliknya memiliki perniagaan sendiri iaitu mempunyai butik dan juga saloon.