Adik dedah mesej Datuk Fazley Yaakob “I’m not fantastic singer”

2,476 views

Dua kali berturut-turut penyanyi Dato Fazley Yaakob berada di dua kedudukan terbawah untuk rancangan Gegar Vaganza.

Adik kepada Fazley iaitu Raf Yaakob yang juga suami kepada pelakon MawarRashid mendedahkan bahawa abangnya itu memang akui vocal nya tidak setanding peserta lain.

Raf mendedahkan satu mesej yang mana Fazley akui dia bukannya penyanyi yang baik.

I am not fantastic singer.” Itu antara mesej yang didedahkan oleh Raf, ditulis sendiri oleh Fazley Yaakob.

Namun Raf berkata kepada abangnya itu, kenalah buat yang terbaik, dan baginya lagu yang dinyanykan oleh Fazley sudah baik.

“Memang bukan lagu yang senang dinyanyikan, tetapi kamu dah buat yang terbaik Fazley Yaakob. Ronaldo pun menangis bila teringat bapanya.”

“Fazley Yaakob memang banyak mengadu pada Raf ketika dia dapat tahu dia akan masuk Gegar Vaganza atau GV8. Yang dia risau, dia tahu bahawa vocal is nothing compared dengan peserta lain. Suara mereka yang lain hebat, macam Adibah Noor, Aweera, Nikki, Suki dan Aliff Aziz. Salute.”

“Tetapi saya cakap kata bang saya, its ok balong, hanya buat yang terbaik dan enjoy saja. Yang lain berserah pada Illahi. Dah dapat masuk GV8 pun merupakan satu penghormatan besar untuk abang.”

“Apapun kamu nyanyi dengan baik balong. Banyak yang boleh improve, for sure. Kena ikut apa yang juri cakap dank omen, kena practice dan kerja kuat. Next week layan dangdut pula.”

Kata Raf Yaakob, dia sentiasa menyokong abanya itu susah dan senang, akan sentiasa bersama.

“Arwah bapak sudah tentu berbangga dengan kamu, walaupun bapak dah tak ada, tapi kamu ada saya. Saya akan sentiasa bersama, love you.”

Raf Yaakob merupakan adik kepada Fazley Yaakob. Raf berkahwin dengan pelakon terkenal Mawar Rashid pada tahun 2017.