Semua pun dah tahu bahawa, Ahmad Iqbal Zulkefli kini sedang membawa diri ke negara jiran Indonesia.
Dalam kenyataan terbaru, Iqbal ada berkata dia suka dengan penyanyi Datuk Rossa, dan memuji penyanyi itu amat sopan dan seorang yang humble.
Melalui satu temubual dengan Mstar, Datuk Seri Vida ditanya tentang kisah bekas teman lelakinya itu yang dah berkelana di negara jiran.
Datuk Seri Vida juga ditanya adakah Iqbal akan menemui pengganti dirinya di sana.
Kata Datuk Seri Vida, dia tak percaya Iqbal akan dapat cari pengganti seperti dirinya yang rupawan dan genit manja.
“Dia kata nak cari pengganti, tapi boleh ke dia nak cari penganti macam aku. Adoi gitu. Saya rupawan dan genit-genit manja. I am me. Kau mampu nak cari pengganti seperti aku, tidak sekali-kali.” Itulah kata-kata dari Datuk Seri Vida sambil tergelak.
Sejak terputus hubungan dengan Iqbal, Datuk Seri Vida mendedahkan hidupnya semakin bahagia.
“Sekarang ni saya sedang enjoy dengan kehidupan saya. Apabila dia dah cakap tak nak kat saya, habis putus tanpa apa-apa notis yang munasabah. Dia tak nak dah dengan pelbagai alasan, sekarang ni saya terkeluar sikit, sebab sebelum ni saya sakit sokmo.”
“Sihir yang dia kena tu, dia main-mainkan oleh Iqbal, kalau tengok status, dia ada menangis dalam hujan, jangan main-main dengan sihir, kita taknak.”
Apabila ditanya sama ada kini dia ada berhubung lagi dengan Iqbal, Datuk Seri Vida akui, memang tak ada.
“Tak ada langsung. tapi saya ada tengok dia update, siap letak gambar saya lagi semua. Ada kat dia punya status tu.”
Dalam pada itu, Datuk Seri Vida meluahkan rasa syukur setelah anaknya, Cik B kini telah pulih dari Covid.