Diana Danielle tak mahu tambah anak, ini respon Farid Kamil

7,693 views

Pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kami kini mempunyai dua ornag cahaya mata iaitu Muhammad dan Aurora.

Yang sulung kini berumur 9 tahun manakala anak bongsunya itu kini sudah masuk umur 6 tahun. Oleh itu ada yang bertanya bila mereka mahu tambah anak.

Kemudian, Diana Danielle ada mengeluarkan kenyataan bahawa buat masa sekarang dia tak mahu menambah bilangan anaknya.

“Memang anak yang kedua kini dah berumur enam tahun, namun bagi saya, pada ketika umur mereka sebegini, mereka memerlukan bimbingan serta input setiap masa sebelum melangkah ke fasa seterusnya iaitu remaja.”

“Walau nampak macam semakin dah membesar, sebenarnya mereka ni masih mahu pelukan, amat manja dan mahu meneroka serta sering memberi soalan yang rumit dan mendalam.”

“Mereka mempunyai sikap ingin tahu, personaliti akan terbentuk malah mereka mahu berkawan dan nak kenal dunia luar. Tetapi saya tak nampak itu sebab untuk tambah anak lagi.”

Menerusi laporan dari Harian Metro, Farid Kamila da memberi respon tentang kenyataan dari Diana Danielle itu.

Bagi Farid, dia hanya menyerahkan soal cahaya mata kepada isterinya itu. Farid Kamil tak pernah tertekan tentang soalan berkaitan anak malah sentiasa bersyukur mempunyai sepasang cahaya mata.

“Saya okey saja dan tak ada rasa tertekan sama sekali apabila diajukan soalan tentang cahaya mata. Saya serahkan sepenuhnya kepada Diana. Oleh kerana dia yang mengandung dan sebagainya, jadi serahkanlah kepada dia. Mungkin tekanan itu lebih kepada Diana. Apapun, kami berdua amat syukur sebab dikurniakan cahaya mata yang amat menakjubkan.”

“Amat bersyukur seba dapat melihat fasa mereka membesar dengan cara didikan kami dan berjaya melaksanakan tugas sebagai anak-anak kami, itu sudah membahagiakan kami.”

Cerita tentang anak-anak, Farid berkata Muhammad mengikut wajah Diana manakala Aurora mengikut wajah dirinya.

“Allah dah memberikan versi saya dan Diana, sepasang cahaya mata. Muhammad dengan wajah mirip Diana manakala adiknya, Aurora dengan wajah saya. Biasalah, apabila orang luar nampak kita ni sedang bahagia, sudah tentu mereka akan tanya bila nak tambah anak.”