Akhirnya Shuib dedah kisah sebenar tentang keretanya, kena sita SPRM ke tidak?

3,850 views

Hanya kerana kereta, agak kecoh juga satu Malaysia. Kereta milik Shuib jenis Ford Ranger sebelum ini telah disebarkan kononnya seperti telah disita. Ianya antara beberapa kereta mewah milik kes ubah wang yang telah disita oleh pihak SPRM.

Kalau ikutkan, pihak berkuasa telah bekukan asset milik suspek kes ubah wang yang baru-baru ini sedang dalam siasatan.

Ada gambar kereta Shuib yang menjadi salah satu kenderaan kena sita. Maka banyaklah pihak buat anggapan, dan tertanya, apa status Shuib sebenarnya.

Akhirnya, tuan punya badan, Shuib tampil buka cerita berkenaan isu kereta Ford Ranger itu.

Ahli kumpulan pelawak Sepahtu itu akui bahawa kereta yang disita dan tersebar gambarnya itu memang adalah kereta miliknya.

Akan tetapi, Shuib menjelaskan bahawa kereta itu disita dan ianya adalah wajib untuk dirinya berkerjasama dengan pihak berkuasa. Ini jawapan yang diberikan menerusi laporan Utusan.

Ya memang betul bahawa kereta yang tersebar dan viral itu pada tempoh hari adalah milik saya. Apapun, syukur Alhamdulillah, kereta itu kini dah pun dikembalikan pada saya”.

Saya sedar bahawa ada pelbagai fitnah yang bertebaran di laman media sosial ketika ini, namun perlu saya kena hormat pihak berkuasa yang buat siasatan. Tak ada komen lain yang saya mahu cerita. Kini saya kembali beri fokus pada kerjaya dan juga business saya ini”.

Tentang motif dia muatnaik foto kereta mewah miliknya baru-baru ini di depan kedai Bubble Bee, Shuib kata dia hanya nak tunjuk dia amat syukur dengan nikmat yang diberi

Bukannya saya nak riak, namun jelas ianya telah tunjukkan bahawa saya dan isteri, Siti Sarah amat bersyukur dapat lalui dugaan ini bersama-sama.

Sebenarnya, banyak perkara yang saya belajar, bagaimana hanya melalui sekeping gambar, ianya mampu terbitkan pelbagai spekulasi”.

Shuib kini busy teruskan kerjayanya dengan kumpulan Sepahtu bersama Jep, Rahim dan Pak Ya. Perniagaan Bubble Bee minuman boba dan madu juga kini semakin berkembang dan dilihat terus maju menerima banyak customer.