“Dulu kutuk Lofa, sekarang..” Mesej netizen kepada Sarah Hildebrand

5,329 views

Dua perubahan yang jadi tular ketika ini. Neelofa telah berubah kearah lebih baik dengan memakai niqab. Ramai yang kagum dengan pelakon dan pengacara berkenaan.

Kemudian seorang lagi selebriti iaitu Sarah Hildebrand pula kini umumkan dan kembali membuka tudungnya. Setelah lebih kurang 5 tahun bertudung kini Sarah kembali free hair. Puncanya masih lagi tidak diketahui.

Melihat perubahan yang berlaku ada netizen yang menulis komen tak baik kepada Sarah Hildebrand, malah membezakannya dengan Neelofa.

Netizen itu menulis: “Dulu ktuk Neelofa, sekarang ni Lofa dah berubah kearah yang lebih baik, tapi kau pula berubah ke arah, hmm

Ini mungkin kisah yang berkaitan dengan isu melibatkan pelancaran tudung Neelofa di sebuah kelab terkemuka di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lepas.

Sarah telah beri respon balas kepada netizen berkenaan dan meminta jangan ikut perangai sepertinya yang suka membezakan.

Kepada follower saya, ini adalah satu contoh, apa yang tak patut kita kata dan cakap pada orang lain. Please sangat, jangan jadi macam orang ini”.

Ini adalah contoh yang amat tak bagus, saya tak mahu kalian jadi low seperti ini. Kalau ada peminat saya yang macam ini, saya memang rasa amatlah malu”.

Kata Sarah lagi, seseorang itu boleh berubah dalam sekelip mata, dan apa yang paling penting ialah memiliki hati yang suci dan baik.

Sarah Hilderbrand juga beri sedikit penjelasan tentang isu melibatkan pelancaran tudung Neelofa di kelab dahulu. Selain itu Sarah meminta orang ramai jangan buat cerita dan menuduh suaminya iaitu Otto Gillen tentang perubahan yang dibuatnya, kembali free hair.

Itulah kisahnya tentang Sarah Hildebrand dan juga Neelofa. Apapun diharapkan semua dapat doakan mereka berdua ini yang baik-baik sahaja.