Aliff Syukri terlalu baik, sebab tu selalu kena ‘pijak’ dengan orang lain – isteri

2,503 views

Isu yang melanda kepada jutawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dengan seorang gadis bernama Wani Chomel sedang menjadi buah mulut di kalangan netizen.

Wani Chomel mendakwa rasa dipergunakan oleh Datuk Seri Aliff Syukri terutama beberapa tuntutan yang tidak diterimanya.

Aliff Syukri nafi hal ini dan mengatakan akan mendedahkan segalanya pada hari Isnin.

Namun menerusi laman IG miliknya, Aliff Syukri meminta Wani untuk pergi bekerja memandangkan dia dah mampu berjalan dengan lebih muda sekarang.

Isteri kepada Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahidah sempat menyatakan bahawa semua kena ambilkan hal ini sebagai iktibar dan pengajaran.

Jelasnya, sikap Aliff Syukri yang terlalu mudah berbaik dan percaya orang luar membuatkan di senang kena pijak.

“Sebenarnya saya belajar dari apa yang berlaku, macam hal ini, apabila kita terlalu dekat dan baik dengan seseorang, itulah modal mereka untuk nak tikam belakang”.

“Tapi, saya anggap hal ini sebagai satu ujian dari Allah nak uji saya untuk dekat dengannya, Allah uji seseorang itu sebagai tanda sayang”.

Shahidah berkata sedemikian menjawab beberapa komen netizen di laman IG miliknya, setelah mengetahui isu berkenaan Wani Chomel.

Ada netizen memohon agar Shahidah dan Aliff Syukri supaya jangan terlalu baik dan mudah percaya terutama orang luar.

“Semoga dipermudahkan urusan untuk Datuk Aliff dan Datin Shahida. Tolonglah selepas ini janganlah jadi terlalu baik sangat. Saya sedih tengok lepas satu-satu kena hadap”.

Wani Chomel, gadis viral dari Pahang sebab beratnya yang berlebihan, membuat satu sidang media mendedahkan bahawa Datuk Seri Aliff Syukri hanya manipulasi dirinya sahaja. Wani juga menuntut agar Aliff Syukri melunaskan janji-jani yang diberikan kepada sebelum ini.

Daruk Seri Aliff Syukri akan membalas semula dan mengadakan sidang media pada hari Isnin, 7 Disember. Kita tunggu kenyataan dari Aliff Syukri pula.