“Saya sakit, tolong doakan saya” Wani Chomel

5,144 views

Wani Comel telah alami masalah sukar bernafas baru-baru ini lantas dikejarkan ke hospital. Setelah berjumpa pihak doktor, diagnosis yang diberikan ialah jangkitan kuman di bahagian paru-paru.

Kejadian ini berlaku sekitar jam 9 pagi pada hari Isnin, yang mana gadis berumur 23 tahun ini mula rasa sesak untuk untuk bernafas selain rasa mual dan muntah.

Menerusi seorang wakil, Wani dikatakan mengalami masalah berkenaan mungkin kerana pembedahan bariatrik yang dibuat pada tahun lalu. Ini kenyataan dari wakil Wani.

“Wani Comel masuk ke hospital pada jam 9 pagi isnin, dia mengalami shortness of breath. Selepas checkup, medical officer kata dia ada jangkitan kuman di paru-paru atau pneumonia.”

“Dulu, lepas Wani buat surgery bariatric, dia tak pergi buat pemeriksaan follow up. Kita pun baru tahu hal ini dan memang nak buat follow up tentang pembedahannya itu.”

“Apapun, berkenaan punca jangkitan kuman tu, saya serah pada pihak hospital. Sebenarnya kita dah dapat nampak keadaan Wani macam tak berapa baik sejak di Jerantut, Pahang.”

Di laman Ig miliknya, Wani Comel ada menulis dia dalam keadaan tak berapa sihat dan minta semua doakan dirinya.

Ini tulisnya: “Wani kena tahan kat wad hospital. Wani dalam keadaan sakit. Tolong doakan untuk Wani.”

Tentang keadaan terkininya, Wani memang pernah mengadu selalu sakit perut terutama di bahagian perut sejak pembedahan dilakukan.

“Doktor kini tahan Wani kat wad dan sedang tunggu hasil ujian kesihatan serta result semua investigation. Pihak hospital juga terpaksa berbuat demikian agar pemeriksaan lanjut dapat dibuat untuk mengetahui status terkini keadaan kesihatan Wani. Saya harap semua orang di luar sana dapat doakan untuk keadaan kesihatan Wani Comel”

Sebaik sahaja Wani Comel masuk ke hospital, Aliff Syukri ada buat satu sidang media tentang hal berkenaan, untuk menjelaskan bagi pihak dirinya.