Anak arwah Gmie rasa pelik Vida buka cerita minta bantuan

6,288 views

Anak sulung kepada bekas peserta Gegar Vaganza musim ketiga, arwah Gmie Screen buat penafian bahawa ayahnya pernah meminta bantuan kewangan kepada ahli perniagaan Datuk Seri Vida, yang mana ketika itu merupakan penaja utama rancangan berkenaan.

Siti Hadirah, anak Gmie berkata, apa yang diceritakan oleh Vida bahawa ada wakil arwah Gmie meminta bantuan mungkin satu salah faham. Ini komennya seperti yang dilaporkan Mstar.

“Mungkin itu semua salah faham, sebab abah memang tak ada mohon bantuan. Namun kalau ada mungkin dari kenalan abah yang nak tolong dan dia ada bekerja dengan individu pangkat tinggi.”

“Sebelum ini ada wakil daripada individu tersebut yang tanya tentang keadaan abah kepadanya dan dia buat surat untuk meminta bantuan dengan menggunakan nama abah. Tetapi surat itu bukan dari abah, saya atau ahli keluarga lain yang keluarkan, itu semua kenalan abah yang buat.”

Jelas Hadirah, ayahnya tak mahu orang ingat dia meminta bantuan dan ambil kesempatan.

“Abah gusar jika ada orang yang fikir dia ni nak mengambil kesempatan dengan menggunakan popularitinya untuk mendapatkan sumbangan dari peminat. Kami satu family memang langsung tak pernah minta sumbangan dari sesiapa atau sebarang pihak.”

Siti Hadirah bercerita lagi, arwah Gmie mengguankan wang simpanannya sendiri untuk sara family ketika perintah kawalan pergerakkan diadakan. Sebelum ini, dikatakan Gmie bekerja sebagai clerk di Wesport, Klang.

Hadirah yang merupakan seorang guru, turut ada beri bantuan kepada keluarga dan adik beradiknya.

“Ketika mula sakit dulu, abah memang ambil cuti, lama-lama abah terus berhenti kerja kerana masa tu keadaannya semakin meruncing. Abah ada duit simpanan untuk sara family kami dan dalam masa yang sama, saya juga akan membantu abah sepanjang PKP.”

“Dan memang abah tak pernah minta bantuan, tetapi jasa baik daripada orang kampung. Semua di kampung memang kenal abah. Mereka bantu abah dengan memberi bantuan dari segi makanan, wang dan barang.”

Siti Hadirah berkata, kali terakhir moment bersama abah ialah melalui satu panggilan video di hospital

“Kali terakhir saya cakap dengan abah pada malam hari Khamis, jururawat minta tolong video call dan dia cakap abah dah tak larat, abah dah terlalu penat.”

Gmie atau nama penuhnya Hajmi Ibrahim pergi buat selamanya sekitar pada jam dua pagi Jumaat di Hospital Klang pada umur 50 tahun kerana komplikasi penyakit buah pinggang.