Pelakon Zul Ariffin sebelum ini dilihat ada muatnaik gambar bersama pendakwah terkenal. Ini menyebabkan rata-rata mempercayai bahawa pelakon ini sudah pun berhijrah dan mendalami ilmu agama.
Kalau dilihat, antara gambar ialah bersama pendakwah terkenal ustaz Ebit Lew.
Namun Zul Ariffin berkata dia tak pernah pun masuk atau sertai Jemaah tabligh, cumanya hanya bergaul dengan mereka.
Kemudian timbul sedikit isu apabila ada yang berkata kurang enak setelah melihat Zul Ariffin masih lagi muatnaik gambar seperti memakai seluar pendek memperlihatkan lututnya.
Dek kerana itu, apabila ditanya tentang hal ini, Zul meminta jangan ada pihak yang kaitkan gaya hidupnya dengan orang lain termasuk kisahnya dengan pendakwah atau aktiviti keagamaan.
“Siapa yang cakap saya masuk tabligh. Saya mana pernah keluar kenyataan bahawa saya ni dah sertai tabligh. Saya hanya bergaul dengan pendakwah.”
“Kalau pelakon tak boleh bergaul dengan pendakwah saya nak bergaul dengan siapa. Takkan nak bergaul dengan menteri, mereka taknak bergaul dengan saya.”
“Jika perkara saya yang buat, contoh untuk cakap bernda baik pada orang, itu pun nak kena komen, apa point dia.”
“Kepada mereka yang selalu ada komen berlebihan tu, jika anda boleh beri jaminan bahawa esok pun anda tak akan buat sebarang kesalahan sila beritahu, saya pun nak belajar dari anda. Selagi kita ni bergelar manusia, kita akan ada buat kesilapan.”
Zul berkata dia sebagai selebriti sudah benar-benar hadam dengan segala komen yang kurang baik kepadanya.
“Saya merupakan seorang selebriti, kata-kata dari kiri dan kanan itu umpama sarapan saja bagi saya. Saya akan hadapinya walau apa pun. Benda tu dah biasa bagi saya. Setiap pagi saya masih akan tetap pergi kerja, mencari rezeki.”
Itulah penjelasan dari Zul Ariffin menerusi satu temubual dengan portal Mstar.