Anak dipersenda rakan sekolah, Bell Ngasri dedah puncanya

1,503 views

Mempunyai seorang bapa yang popular ni banyak juga cabarannya. Menerusi satu kenyataan, pelakon yang menjadi sebutan ramai sekitar bulan puasa lepas iaitu Bell Ngas, akui anaknya telah dipersenda rakan-rakan sekolahnya.

Ini gara-gara wataknya dalam filem box office, 18 Puasa di kampung Pisang. Watak Bell Ngasri dalam filem iatu bernama Barkoba seorang yang dikenali kerana tidak berpuasa.

Lakonan Bell Ngasri yang menjadi sebagai Barkoba itu, telah menyebabkan ada yang melabelnya sebagai ikon orang yang tak berpuasa.

Walaupun dilabel sebagai ikon untuk orang yang tak puasa, bagi Bell ianya satu perkara yang melucukan.

“Tak dinafikan, nama watak saya, Barkoba begitu popular dan jadi sebutan netizen sepanjang bulan puasa. Belum masuk pun bulan puasa, wajah Barkoba dah viral jadi bahan lawak di laman media sosial.

“Sejujurnya saya terkejut bila ada cakap Barkoba ni ikon orang tak puasa. Selalunya, perkataan ikon ini hanya ditujukan terhadap hal yang baik-baik saja.”

“Akan tetapi, saya harap penonton semua akan ambil watak ini daripada sudut positif. Contohnya kalau tak puasa, akan menerima padahnya di neraka nanti.”

Ini pula komen dari Bell Ngasri yang mana anaknya menjadi bahan dipersenda kawan-kawan sekolah.

“Sebenarnya lucu apabila anak-anak saya ada mengadu kawan sekolah anggap saya ni tak puasa sebab watak Barkoba tu. Mana tak nya, bapa orang lain jadi ikon baik-baik, tetapi saya ni lain pula.”

“Tapi, mujurlah, anak-anak saya dah sedia maklum bahawa bapa mereka ni merupakan seorang pelakon. Oleh itu, mereka tak ambil serius pun bila dipersenda rakan-rakan yang bergurau.”

Bell turut menjelaskan bahawa filem arahan Mamat Khalid itu telah mempermainkan agama, tetapi Mamat Khalid ada jelaskan dia nak beri kesedaran kepada masyarakat.

“Abang Mamat Kahlid nak memberikan kesedaran kepada para penonton tentang balasan jika seseorang itu melanggar Rukun Islam. Tapi ianya disampaikan secara santai.”

Walaupun amat sinonim dengan watak komedi, jelas Bell Ngasri, dia bersedia terima apa jua watak termasuk watak berat, namun tiada penerbit yang menawarkan watak sebegitu kepadanya.

Share this on...