Anju dedah bekas suami minta RM10k, ada report polis isu nak sebar gambar?

3,059 views

Kisah antara pelakon Zarina Anjoulie dan bekas suaminya Eilyas Azhar nampaknya masih belum lagi berakhir.

Menerusi satu laporan portal Ohmymedia, pelakon ini ada beberapa kali post bukti yang menunjukkan apa yang bekas suaminya dah buat kepadanya.

Antara yang ditunjukkan ialah lelaki berkenaan telah meminta wang sebanyak RM10 ribu untuk melafazkan cerai.

Zarian Anjoulie yang lebih mesra disapa Anju telah upload gambar mesej menunukkan perbualannya antara dirinya dengan bekas suami.

Dari perbualan itu, Zarina mahu lafaz disebut dan bertanya adakah dia mahukan wang. Bekas suaminya membalas dia mahu RM10 ribu, nilai harga Anju katanya.

“Inilah yang dilalui oleh aku, dengan Yas semuanya berkaitan dengan duit. Sebab tu aku pancing dengan duit. Tapi dimulutnya cakap aku tak hadap duit Anju. Masa nak berpisah, bukan main post kat strory. Semua ni aku dah beri kepada peguam dan polis. Ini ke maksud dia tak hadap duit Anju.”

Selain itu, Zarina Anjoulie turut membuat laporan di balai polis yang mengatakan bahawa bekas suaminya itu telah cuba menakutkannya, dah mahu sebarkan gambarnya.

“Dia ni banyak aniaya aku, sekarang aku post bukti satu persatu. Ini antara laporan polis yang aku buat.”

Di report berkenaan, ada menyatakan individu berkenaan cuba panjat rumah untuk rekod dan merakam gambarnya. Zarina meminta pihak polis untuk ambil tindakan.

Anju menyatakan dia terpaksa bongkar hal ini dan memberitahu sejak itu, bekas suaminya langsung tak boleh nak bercerita lanjut.

“Kenapa sejak semalam dia tak post kata aku buat fitnah, sebab dia dah jam, aku post bukti satu persatu dan report polis. Dia tak boleh nak pusing netizen lagi.”

Zarina Anjoulie juga menyatakan niatnya bukanlah nak menakutkan orang lain untuk berkahwin. Malah katanya, ramai lagi kawan-kawannya yang mempunyai suami yang baik di luar sana.

Apapun diharapkan semuanya akan selesai dengan baik antara Zarian Anjoulie dan juga bekas suami.