“Anak menteri sop kelaut” Netizen kecewa Dafi antara juri All Together Now

2,851 views

Rancangan reality, All Together Now Malaysia menerima banyak komen yang tak berapa nak elok sejak ditayangkan Ahad lalu.

Ternyata netizen naik angin setelah menonton rancangan berkenaan yang menghimpunkan ramai artis sebagai juri di atas pentas.

Kemudian, menerusi gambar dan video yang disebarkan, ramai mula mempersoalkan sop ketika rancangan ini dirakamkan.

Malahan, ada yang mula membandingkan, kenapa rancangan sebegini diberi izin tetapi masjid dan surau tidak dibenarkan beroperasi.

Oleh itu, setelah menerima reaksi kurang baik dari masyarakat, akhirnya rancangan ini terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana begitu banyak dakwaan mengatakan mereka tak patuh sop.

Kali ini satu nama artis telah menonjol antara banyak^banyak juri itu. Artis berkenaan ialah penyanyi lagu Bila Terasa Rindu iaitu Dafi.

Dafi merupakan anak kepada Menteri Pertahanan Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, yang juga orang kuat berkenaan sop ketika perintah kawalan pergerakkan.

Oleh itu, ramailah yang mula mempersoalkan tindakan Dafi muncul dalam rancangan berkenaan yang didakwa melanggar sop.

Sebagai anak kepada menteri yang sering muncul di kaca televisyen, menerangkan sop, netizen tak puas hati Dafi tampil sebagai juri dalam rancangan yang mengumpul ramai orang seperti itu.

Antaranya menasihati Dafi agar menjadi role model kepada orang lain apatah lagi bergelar anak menteri dan juga selebriti. Ini antara komen netizen.

Sehingga kini Dafi tak ada beri sebarang komen atau kenyataan tentang hal ini.

Rancangan All Together Now Malaysia khabarnya dirakam di Putrajaya pada bulan Mac tahun ini, sebelum perintah kawalan pergerakkan yang bermula 1 Jun lalu.

Ianya menampilkan Sherry Alhadad selaku pengacara dan Datuk AC Mizal selaku kapten juri dan 49 selebriti lain sebagai juri biasa.