Genap 7 hari, Ummi Nazeera dedah wajah anak kedua, jelaskan maksud nama anak

2,524 views

Pelakon Ummi Nazeera telahpun selamat melahirkan anak keduanya, seorang baby girl, pada tarikh 2 Jun yang lalu si pusat perubatan Andorra Hospital di Seri Kembangan.

Genap saja 7 hari umur anak keduanya itu, Ummi Nazeera dan suaminya telahpun mendedahkan wajah dan juga nama anaknya.

Pendedahan itu telah dibuat di laman Instagram milik mereka berdua.

Pelakon berumur 30 tahun ini muatnaik satu video pendek berdurasi 13 saat yang menunjukkan anak keduanya. Ummi memberitahu nama yang mereka beri ialah Aysha Arsylia.

Ini caption yang ditulis olehnya.

Syukur kehadrat Illahi, Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari yang ke 7 umurnya. Ummi nak umumkan nama anak kami yang telah dipilih iaitu Aysha Arsylia.

Aysha adalah nama sempena isteri baginda Rasulallah Saw manakala Arsylia pula membawa maksud kehidupan yang tenang, tenteram, bahagia serta sempurna.

Semoga Aysha akan membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah, selalu dengar cakap ibu bapa keluarga, dan akan berbakti pada agama dan juga negara.

Sebelum ini Ummi pernah alami sedikit komplikasi ketika hamil namun dia bersyukur semua selamat.

Mummy memang risau ketika 4 minggu mengandungkan Aysha dulu dah turun darah. Namun, alhamdulillah, mummy telah diberi peluang untuk lahirkan Aysha secara normal. Syukur ya tuhanku.

Sementara itu, suami Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar turut upload gambr anak keduanya dan telah menulis komen mendoakan kebahagiaan anaknya itu. Namun yang jadi perhatian, Izzar ada bergurau mahu anaknya itu jadi seorang pemain bola jaring.

Jadilah seorang basketballer juga, tiada pressure” Tulis Izzar.

Diruangan komen ramai yang menulis ucapan tahniah kepada pasangan ini termasuklah rakan artis seperri Fasha Sadha, Abby Fana, Elly Mazlein, Nad Zainal, David Teo dan ramai lagi.

Ummi Nazeera sebelum ini amat popular menerusi drama berjudul Nur Kasih. Ummi akhiri zaman solo dengan seorang doktor iaitu Dr Izzar pada tahun 2017. Pasangan ini menerima anak sulung pada tahun 2018 yang diberi nama Ayra Aneesah.